Dalam kenangan .... Idris bin Hj Azahari atau lebih mesra dengan panggilan wak, telah kembali ke rahmatullah pada 22/02/2010 jam 9 malam. Pada usia 60 tahun pada Sept ini, beliau menderita akibat kanser pankreas dan ketumbuhan pada paru2nya. Rasa sedikit terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah semasa hayatnya masih ada. Pertemuan terakhir adalah pada Aidilfitri 2008...
Kali pertama bertemu dengan wak pada tahun 1997. Masa tuh aku part 3 kat itm Melaka. Orangnyer biaser2 ajer...lawak sangat. Walaupun jawatan dia sbg pengawal itm, dia x der lah tergolong dalam golongan yang 'kerek' mcm pak guard-pak guard yang lain. Perkenalan bermula di pos pengawal, hinggalah membawa ke rumah dan berkenalan dengan isteri dan 3 anak daranya. Hubungan aku dengan wak, makcik, Yanti, Yani & Kuluk kekal mesra hingga aku grad. Makan, minum, mandi, tidur memang dah terbiasa. Kira kehadiran aku macam menambahkan lagi bilangan anak2 dara wak dalam rumah tuh. Walau tak pernah aku panggil mereka dengan panggilan ayah & mak, tapi hubungan tuh secara lahiriahnyer memang seperti anak & parents. Untuk aku keluar masuk rumah mereka memang takder hal. Kalo nak makan, leh masak sendiri. Aku tak akan lupa juga wak yang pandai memasak. Asam pedas ikan bersama sawi hasil air tangan beliau memang fav aku. Kadang2 bila wak malas nak hantar makcik g kije, dia akan suruh aku hantarkan coz masa tuh adik2 masih bersekolah.
Lepas grad, walaupun jarang bertemu, hubungan masih dijaga dengan baik. Panggilan telefon dan sms masih bersilih ganti..Walau Yanti muda drp aku, dia dulu ke jinjang pelamin. Mmg bz gak aku masa tuh mcm menguruskan adik sendirinyer kenduri. Masa wedding aku, wak dtg sekeluarga. Even takder pic dengan wak, ada sekeping gambar kenang-kenangan dengan makcik dan Yanti. Tak lama pastuh, Yani lak menyusul. So skrg yg masih solo lagi cuma kuluk. Tuh pun mcm tak sangka dia dh 24 taun rupanyer...
Pejam celik pejam celik, dah 11 tahun rupanya aku meninggalkan itm melaka. Isnin pagi Yanti tinggalkan komen kat fb..." kak, ayah sakit...dah 12 hari kat hospital". Ya Allah...terkejut rasanya...kalo nak bls komen mesti lambat, so aku decide, terus cll...lama gak borak dgn Yanti. Sedih bila dengar wak sakit...suspect canser. Lung & pankreas. OMG...errmmm...i'm speechless. Memang dari memula aku kenal wak, dia mmg heavy smoker. Rasanya dalam satu jam, dia leh habiskan sekotak rokok gudang garam hitam tuh dengan mudah jer...tp mcm x sangka lak leh kena cancer...even masih suspect sbb doc lom amik sample tisu kat lung n pankreas dia, tp doc kata cancer dia dah tahap 4. Tahap 4 means critical stage. Mula2 dgr wak kat hosp, aku plan nak g Jumaat nie...coz PH kan. Tapi bila dgr citer Yanti, terus decided nak e/l jer smlm (selasa) & nak p ziarah dia kat hosp Melaka.
Lebey kurang kul 5...yanti sms..."kak, ayah tenat..". Aku terus x tentu arah...rasa mcm nak terbang jer ke melaka. Tapi papa lak kije kat JB. Takkan nak drive sorang dengan Deena, dah lewat ptg...mcm x confident. Tapi jantung nie dah berdebar semacam jer....Lalu aku balas sms yanti..."Adik...bacakan Yassin & Fatihah utk ayah...korang kene kuat k. Akak akan kirimkan doa dari sini. Insya-Allah esok pagi2 akak sampai." Dalam pukul 7 lebeh aku sms Yanyi bertanyakan condition wak . Tapi x berjawab...aku cll...tak jawab juga. Aku cll makcik....Yanti yang jawab. Yanti kata wak dah x sedar diri...menunggu masa. Tapi aku masih berharap. Wak, bertahan lah....Masih ramai yang masih sayangkan wak & memerlukan wak. Seminit ke pukul 9, Yanti call...."Kak....ayah dah takder...!!" . Ya Allah...sama2 kami mengongoi di corong telefon. Sedihnyer kerana tak sempat aku bertemu dengannya semasa hayatnya masih ada.
Malam tuh memang sukar tuk lelapkan mata. Berpuluh2 Fatihah ku titipkan buat arwah wak. Tak sangka terlalu cepat arwah meninggalkan kami. Walaupun kurang 24 aku berjanji dengan yanti yang aku akan ke hosp menziarahi wak. errmmmm...itulah takdir Allah kan. Ajal maut tak dapat kita rancang. Rezeki pun begitu. Rasa lambat nak menunggukan ke pagi. Pagi Selasa itu, aku segerakan urusan menghantar Deena ke sekolah. Kemudian kembali ke rumah. Kak Bhah & Ajak dah menunggu di dalam kereta. Kami semua sama2 belajar di itm melaka. Dan sama2 juga mempunyai hubungan yang rapat dengan wak sekeluarga. Dalam kereta masing2 lebeh banyak mendiamkan diri. Mengenangkan semua kenangan yang kami sama2 lalui bersama arwah. Papa pun dah bertolak dari JB. Perlu singgah di Pagoh mengambil Panjang, sorang lagi sahabat yang sekian lama tak jumpa.
Tepat kul 9 pagi, aku tiba di hadapan rumah arwah. Kelihatan beberapa orang keluar masuk untuk menziarah. Perlahan2 aku melangkah masuk...sekujur jasad terbujur kaku di ruang tamu...tampak kurus & kecil jasad itu. Dalam hati terdetik..."kasihan wak...dia yang ku kenal tegap orgnyer...mesti derita sakitnyer itu membuatkannya kurus...". Aku segera kepada makcik...ku salam, kucup tangannya dan segera aku memeluknya....rindu....rindu sangat pada makcik. Tapi tak sangka akan bertemu dalam suasana penuh kesedihan nie. Aku duduk di hujung kaki arwah...ku atur baris demi baris ayat...berulangkali aku ulangi Al-Fatihah & Yassin untuk arwah....Rasa seakan tak mampu nak berhenti. Bersilih ganti tetamu keluar masuk...apabila kain penutup muka wak dibuka, segera aku lihatkan wajahnya. Bersih...tenang...namun lain sungguh rupanya. Tak sama macam wak yang ku kenali. Tapi masih suci...tiada tanda2 terkilan. Ku sambung semula ....mengirimkan doa buat arwah. Biarlah arwah berasa nyaman untuk meninggalkan rumahnya. Biarlah terang kuburnya dengan doa2 yang kami kirimkan ini.
Pukul 10 pagi, van jenazah tiba. Arwah akan dibawa ke masjid untuk dimandikan, dikafankan & seterusnya disolatkan sebelum arwah dikebumikan di tanah perkuburan. Aku turun ke masjid. Sebelum ditutup kafan, sempat aku melihat wak buat kali terakhir. Aku pasti akan merindui beliau. Tiba di tanah perkuburan, aku berdiri di tepi liang lahad..bersama makcik & adik2. Ku genggam erat tangan yanti...kami sama2 memberikan kekuatan antara satu sama lain. Walau dalam bahang mentari jam 12.30 thari yang membuatkan peluh menitis sederas airmata yang mengalir ini, kami tetap meredhakan pemergian ayahanda yg kami sama2 sayangi. Ku lihat makcik tenang....walaupun ada genangan airmata...aku tau dia redha. Redha ditinggalkan suami daripada melihat insan kesayangannya menanggung kesakitan.
"Ya Allah...semoga Kau tempatkan arwah wak di kalangan org2 yang beriman. Dan moga rohnya dicucuri rahmat.....Al-fatihah".....
Wednesday, February 24, 2010
Tiada lagi hilai tawanya....
Posted by FirDa FirDeeNa at 1:48 PM 0 comments
Friday, February 12, 2010
Jangan Bersedih Lagi - A song for me
Tak salah kan kalo tujukan lagu untuk diri sendiri. Bukan apa, untuk penguat semangat. errrmmm...sekejap jer dah Jumaat. Semalam pagi dtg kije mcm biasa. Somehow, dalam pukul 10 gitu, aku dah tersadai kat wad kecemasan PK UPM. Semua gara2 spesis ubat bernama Voltaren. Haaa...bertambahlah koleksi ubat yang aku x leh makan. Giler bengkak smlm mata aku sampai berdenyut2. Dah la stif neck yang baru dapat kelmarin tak baik lg, dh tambah lg 1 penyakit lak. Doc sendiri tak perasan yang aku allergy to that pain killer. Takper la. Bukan salah dia pun.
Apapun selama nie aku tau kalo allergy ubat leh membawa maut. N smlm baru aku tau secara details apa yang terjadi apabila kita allergy ubat & mata menjadi bengkak. Ketika mata kita bengkak, rupa2nya saluran pernafasan kita juga bengkak. Patut semalam ada gak la terasa2 mcm susah nk bernapas tp ku sangka kan wad kecemasan tuh yang kurang udara. hik3...rupanya mmg aku x leh bernapas masa tuh. Tapi bila doc tanya pada mula tuh aku ada rasa sesak nafas tak, dengan yakin nyer aku ckp x der pun....hahhaha...lawak tul. tapi Syukur pada Allah krn nyawa ini masih panjang untuk aku meneruskan hidup....
So aku just nak share this song...untuk memujuk hati sendiri....so touching... :-(
Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipi
Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan
Impian bersama
Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha
Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanya kan
Berulang semula
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha....
*******************
Posted by FirDa FirDeeNa at 8:00 AM 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
BenCINTA.....
Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu.....
*************************
Posted by FirDa FirDeeNa at 4:01 PM 0 comments
Friday, February 5, 2010
Sayang anak korbankan nyawa...
Arinie terpanggil untuk berkongsi petikan berita yang dibaca di Harian Metro...:-
Buang semua empat jari yang terkulai akibat ditetak bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawa sendiri atau sambung semula jari terbabit, tetapi perlu berdepan risiko kemungkinan kehilangan dua jiwa......
Namun, sifat keibuan mengatasi segala-galanya apabila dia memilih menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawanya sendiri menyebabkan Norshamila kini terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup apabila jari telunjuknya terpaksa dipotong.
Cian sangat dengan wanita nie. Dah la tengah sarat mengandung, kerja lagi membantu keluarga..leh lak laki dia ngamuk2 sampai macam tuh skali. Serius laki dia sesuai dikerat 20 n bagi b*$% makan jer... naper zaman skrg nie wanita sering diperlakukan dengan kejam? Kat mana sensitiviti kaum Adam nie untuk menghormati wanita sebagai tulang belakang mereka, yang melahirkan zuriat mereka, yang keluar bekerja untuk menstabilkan kedudukan keluarga (dlm erti kata lain membantu suami top up apa yang x cukup dlm perbelanjaan r/tangga), yang menjadik 'bibik' dlm rumah dalam membuat semua cleaning, cooking & look after the kids??? ke mana?
Teringat kejadian semalam. Baru jer berlalu semalam....walau tak sebesar pengorbanan nor shamilla nie, aku tetapkan mempertaruhkan nyawa demi kasih & syg terhadap seorang anak. Pukul 5 tepat 4/2/2010....hujan turun luar biasa lebatnyer...angin pun bukan calang2 membawa diri...tiada istilah sepoi2 bhs lagi. Ganas bagai akan berlakunyer taufan. As usual, aku shut down pc n turun gak ke bawah. Sampai kat foyer, memang walau berpayung ke kereta pun, pasti basah kuyup....hujan lebat sangat..angin pun mengganaz gilerr...2-3 biji pasu bunga dah terbalik n pecah, menunjukkan bukan sebarang hujan yang turun nie. Pokok2 besar depan ofis nie pun meliuk2 bagai nak tercabut akarnya dari tanah. Mula2, aku stay gak berhampiran dengan laluan ke luar admin building nie. Tapi makin lama, makin lebat lak tempias yang sampai ke tempat aku berdiri. So untuk selamatkan diri yang dah kesejukan nie, aku masuk balik dlm admin building. Sambil tuh berdoa2 agar hujan segera berhenti....Apa yang merisaukan sangat adalah semalam merupakan swimming lesson Deena yang pertama di UKM. Kalo ribut nie turun berlaku di UKM, camner lah keadaan anak aku tuh...basah ker dia? takut ker dia dgn petir & guruh tuh....aduuhhhh...mcm2 benda berlegar2 di kepala otak nie. Dah la kena fetch er b4 6 pm (perjanjian dgn teacher dia)....ermmmm....risaunyerrr...
Dekat 5.30 petang...hujan masih tak reda. Evrytime aku cuma melangkah kaki keluar, datang angin berpusing2 membawa hujan tuh...rasanya kalau bawak payugn pun x der maknanya. Silap2 dengan payung & diri nie pun leh diterbangkan angin. So tunggu lagi....tiba2 aku nampak deraian hujan tuh turun menegak,..bukan berpusing2 lagi mengikut angin...OK, fine. this is teh time...aku bukak payung n mula berlari2 anak ke arah kereta yang x berapa jauh dr situ. Sementara nak masuk kereta & tutup payung...aku dah tetap lencun n pintu kereta pun lencun gak....huh, terkedu jap dalam keta mcm lost...x tau nak buat apa next. Baru lah terkelam kabut mencari bahan yang boleh lap pintu n lap diri sendiri....
Dengan lafaz bismillah...aku mulakan perjalanan...kiri kanan air dh mula naik. Depan admin building, depan masjid...rata2 jalan di sekitar UPM nie dah naik air. Aku tawakal & berdoa byk2 agar selamat sampai ke UKM. Banjir pun habis aku redah sampai ntah haper belt kat dlm enjin keta tuh kuarkan satu eerie sounds...lantak la. malas nk fikir. janji aku slmt amik anak aku...tuh jer yg aku fikir masa tuh.
Punyer lah sangat2 berdebar...bila masuk jer ke kwsn Bangi, langit bertukar menjadi cerah....mayb hujan baru berhenti sbb jalan stil basah...Masa tuh tuhan ajer yg tau betapa leganya rasa hati nie. N teacher Deena yang aku sms masa terperangkap kat ofis pun dh reply kata sumer ok....Alhamdulillah....Tapi memang x dpt nak bayangkan la..even dlm 1 jam jer pengalaman yang aku tempuh tuh...tapi bg aku sgt2 mencemaskan....Tuh la kan. Pengorbanan seorang ibu memang tiada tolok bandingnyer...tuh pun ramai lagi lelaki2 yg sengal kat luar sana x tau nk menghargai erti pengorbanan ini....so sad....
Posted by FirDa FirDeeNa at 4:11 PM 0 comments
Thursday, February 4, 2010
Cinta Sempurna - Yuna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan
Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh....
http://www.youtube.com/watch?v=-XcSsYpFoeo&feature=related
*******************
Posted by FirDa FirDeeNa at 10:12 AM 0 comments
Pari-pari dibawa Angin - by Meet Uncle Hussein

Another nice song frm them...suits me well...^__^
masa....
memaksa kita
berpisah bagi sementara
tak pernah ku pinta
ada kalanya
kita tak mampu merencana
takdir yang terlaksana
satu hati dihujung langit
satu itu sepuluh
sejauh lima sakti
cinta yakin kembali
biar.....
biar lah pari pari
usah kau bersedih hati
ku percayakan mu
biar.....
biar lah oh pari pari
usah kau bersedih hati
ku akan kembali
siksa.....
terseksa oh batinnya
usah lagi kau titiskan air mata
nanti ku tersiksa jua
benar ia
benar benar menyiksakan
jika ini satu rintangan
harus kita jadikann..
satu hati dihujung langit
satu itu sepuluh
sejauh lima sakti
cinta yakin kembali
biar.....
biar lah pari pari
usah kau bersedih hati
ku percayakan mu
biar....
biar lah oh pari pari
usah kau bersedih hati
ku akan kembali
lalalalala
lalalalalalala
akan kembaliii
lalalalalalalalalaa
ku akan kembaliii...........
http://www.youtube.com/watch?v=ic4P7FzyBeo
****************************
Posted by FirDa FirDeeNa at 9:24 AM 0 comments
Laguku Untukmu - Meet Uncle Hussein
Old song....2 yrs ago ths song won d AJL 23...somehow when i heard it ths morning...its really touched....
-__-
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua...
***********************************
http://www.youtube.com/watch?v=Wsn5vPTk3dI
Posted by FirDa FirDeeNa at 9:18 AM 0 comments
Apa yang tak best di Februari ini...

Februari datang lagi...
Kalau orang lain sibuk nak celebrate Hari Kekasih, bagi aku tuh sumer tak penting. Apa yang berlaku pada Feb 2010 nie pasti akan jadi kenangan sampai bila2. Kalau dulu bermula 8.30 pagi...membawa ke 5.00 petang...aku ada sepanjang hari untuk spend time with my bff Ficik, sekarang tak lagi. Starting from 1st Feb 2010, Ficik dah transf to Seksyen Kewangan GSM. Just imagine after bein 2getha for more than 5 yrs, she left me here!! Tak leh nak bayangkan kesedehan tuh. Even kami still leh YM 2getha, lunch 2getha...tp for me memang sangat diff la. Suasana kat office nie dh kureng best. Dah x leh dengar hilai tawa Ficik (yg sometimes mengejutkan tuh)....dah x leh borak bila2 masa teragak...sob..sob....sangat sedeh. Tapi aku macam relakan jugak la sbb memang dia yang teruja sangat nak transf seksyen. Sebab sejak join UPM, almost 10 yrs she was placed at Asset. Dah naik muak kot membuat kerja2 Asset. So now she's at Payment section. Tapi memang sangat2 terasa kekosongan dalam hidup nie during office hours. hahahhaa...melampau kan. Mengalahkan org bercinta lak. Tapi serious. Sekarang memang aku terasa sunyi sket & x sabar nak tggu lucnh hours coz nak kuar makan dgn Ficik. Tapi yang paling best la, since kami diff sec now, kami leh kuar awal tanpa dihidu oleh bos masing2 even derang mesti suspect kan....wakakkaka....mampus la. Janji x nampak terang-terangan yang memang aku kuar dgn dia. hehhehehe....tuh jer lah yang best. Yang lain aku tetap sunyi sepanjang hari kat opis nie. Apapun aku doakan dia gembira & friendship nie akan tetap berterusan hingga ke akhir hayat....Aminnn...
Posted by FirDa FirDeeNa at 8:07 AM 0 comments
Spending time with Wawa & family...
So on 16th Jan Wawa arrived frm JB. Her flight to Perth will be on 17th. So ada 2 hari untuk spend time together. Memang best coz on Saturday kami sempat ke Alamanda untuk lengkapkan few things yang nak dibeli sebelum balik ke Perth. Dan yang paling best lepas tuh kami g Saba'@Cyberjaya untuk makan nasi kabsah. Malam tuh memang sangat kenyang & da kids had a lot of fun. Rasanya dari mula derang jumpa tengahari tuh, x berhenti2 bermain smpi malam. After had dinner, Hannah dah surrender...dia dah lelap di meja makan lagi. But Hakim & Dna macam bertambah2 lak tenaga pas makan. hehehhehe....main x berenti. Sama macam mommies derang, borak x berenti gak!!
Ahad tuh for breakfast aku fried mihun & uat egg sandwiches. Bangun jer tidur terus kami pok pek..pok pek...smbil makan2. Ingatkan lunch nak bawak depa p makan kat nasi kandar Lawood. But then my MIL tetiba ajak lunch kat umah dia. Since dah citer kat derang nie how nice the nasi kandar, aku & Wawa kuar gak g Nilai utk beli lauk2 sket at Lawood. Kami beli kari telur ikan, ayam goreng special & kari campur. Bawak lauk2 tuh ke umah MIL. Had lunch togetha2 kat sana. Kat umah MIL, dia masak pisang masak lemak cili api. Berselera betul Abg Nizam makan. Dia kata sangat sedap. hehehhe...tapi sgt pedas. Errr....for me its normallah if my MIL masak. Rasanya tak pernah yang tak pedas. Sumernyer pedas2 belaka. So bila dah pedas n cuaca lak panas, masing dah sok sek..sok..sek..la. Air hidung sumer dah kuar menambahkan lagi kenikmatan memakan dan ditemani peluk yang memercik. ahaks...
Petang tuh dah siap packing2 barang, by 7 kami dah berada kat umah ayah mama lak. Ayah n mama invite Wawa, Abg Nizam & da kids to have dinner with them b4 we send them to LCCT. Hahahahahaaa...masing2 sumer kata masih kenyang. Tapi bila makanan dah terhidang, kena gak la makan untuk tidak menghampakan mama yang dah penant memasak tuh. Menu untuk dinner is Mee Rebus (which is da best in da world) & Nugget. Kami makan kat belakang sambil menghidup udara segar & ditemani angin sepoi2 bahasa...chewahh....
Pas pekena coffee kau punyer depan tv, dalam kul 8.45 kami keluar ke LCCT. Sampai jer sana Abg Nizam terus queue untuk check in. Biasalah air asia kan. The queue punyer lah panjang sampai selesai jer check in, derang kena terus boarding. Time nie memang tak leh blah. Dah start lah rasa2 sedih sebab perpisahan akan berlaku dalam beberapa minit lagi. Me & Wawa holding hands, changing hugs & kisses. Airmata almost mengalir...Memang kami x sukakan perpisahan. Ntah bila lagi nak spend good time togetha like this pun x tau. Sajer gurau2 dengan Abg Nizam ckp yang kami akan teman dia beraya kat Perth. Tapi tuh lawak Din Beramboi jerk nak bagi happening sket. Coz sumer org dh nampak sad termasuklah da kids. Hannah & Deena also changing hugs...n Hakim pun nampak sedey even dia x leh nak hug Deena...hehehhe...my cutey future son in law....wolah....hehhehe...berangan mama Deena nie.
Apapun harap2 nanti b4 Wawa menamatkan PhD nyer, aku leh g Perth lagi. hehhehe...rasa agak tenang berada di Perth tuh sebab suasananya sangat menenangkan....hehehhe..apa punyer ayat lah nie. Dan x tau bila lak next trip Wawa pulang bercuti. So after ths kena sambung balik lah calling2 & smsing2 bila rindu melanda....
Posted by FirDa FirDeeNa at 7:41 AM 0 comments










