BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

Goodbye 2009...Welcome 2010...

Sekejap jer masa berlalu. Pejam celik beratus ribu kali, dah sampai ujung tahun. Aku percaye setiap org telah melalui beribu pengalaman pahit & manis yang berbeza-beza. Sama gak cam aku. Tahun 2009 memang tahun yang sangat mencabar..tapi ada juga diselangi happiness. Takder lah sumernye cedey jer kan. Karang nampak aku nie macam tak bersyukur lak dengan nikmat yang Allah berikan.

Kalau Jan 2009 yang lalu, aku diuji dengan serangan demam denggi yang sangat hebat tahap kesakitannya. Sampai aku rasa insaf dengan dugaan Allah pada masa tuh. Sehingga terfikir, nie baru demam denggi..macamana lah orang yang suffering from serius illness tuh kan. Mesti lagi derita...ermmm...terus rasa insaf..dalam hati nie terus rasa sangat2 bersyukur. Duduk dalam wad jer 7 hari...dan disambung mc 9 hari..masa naik kerja tuh perasaan sangat2lah gembira & berkobar2. Sebab rasa mcm dah lama sangat tak kije...hehehhe..Itu baru kisah muqadimah nyer in Jan...

Feb, Mac berlalu macam biasa. In Feb aku dapat join reunion kawan2 sekolah SMSU dulu. Memang havoc giler. Dpt jumpa my best friend masa sekolah dulu. Gaduh2 manja dengan papa macam selalu..muahahha...(manja ker??)...pergi balik ofis 5 hari seminggu dan enjoyin my office life dgn colleagues & best friends, menghadap Deena 'ALiyah yang semakin pandai & bijak berkata2...pergi mencantikkan pengantin2 yang menjadi ratu sehari (sampai rasa mcm dah x der perasaan me'makeup'kan derang even deep inside dlm hati meluap2 nak mencantik gilerkan derang)..hehhee

April tiba lagi...kali nie bertambah setahun lagi usia aku di bumi Allah ini. Memang tahun nie agak best sebab sampai 3 kali celebration birthday dibuat. 1st being celebrated by office colleagues. 2nd dengan family & 3rd dengan family lg skali (included ciki).hahhahaha...rasanya masa kecik2 dulu pun x celebrate birthday byk kali mcm ni...April gak aku bz dengan pengauditan ISO, netball tournament & kursus2 kewangan.

Mei berlalu dengan cepat. Jun lah bulan yang tak sabar2 aku tunggu kedatangannya. Sebabnya 25 Jun me & my family (termasuk mama & ayah) nak habiskan masa 1 week bervacation ke Perth, Australia. Kami stayed kat umah Wawa. Memang percutian kali nie sangat2 best. Setiap hari sgt penat berjalan. Tapi berada 7 hari di bumi kangaroo tuh sangatlah sekejap dan tak puas. Memang hingga ke saat nie, aku sangat2 merindui Perth yang aman & bersih tuh. Tapi satu kenangan yang tak leh dilupai ialah balik dari perth, wabak H1N1 sedang sangat2 serius menular. So kami sekeluarga diberi mc seminggu dengan mengkuarantin diri di rumah. But since we all rasa we all sangat sihat walafiat, masa nie aku gunakan sepenuhnya untuk mengemas rumah & membuat beberapa aktiviti shopping.

Bulan Ogos tiba tanpa diundang. Kali nie agak nervous coz Deena kena sit for placement test at Sri Ayesha School. Ujian nie akan menentukan sama der dia berjaya atau tak. Alhamdulillah, Deena lulus & dah selamat pun masuk ke darjah 1. Ramadhan tiba lagi. Lega sket kerna tiada lagi job mengandam. Nie lah waktu rehat setiap tahun. But as usual, aku bz lak dgn urusan tempahan kuih raya. Alhamdulillah, tahun nie rezeki lenjual kuih raya tetap ada. Hingga nak ke hari raya tuh, 2-3 kali gak aku ke rumah aunty Asiah untuk mengambil stok dan menegdarkan kpd kwn2 yg menempah. Yang lagi best tahun nie aku promo kuih raya dalam FB. Jangan tak caya kaedah nie berkesan jugak tau. hehehhe...tahun 2010 leh uat lg.

Raya tahun 2009 macam biasa. Cuma yang berbezanya tahun nie my MIL x raya di Sg Ramal mcm biasa. Kali nie dia ikut anak bongsu kesayangan dia beraya di Perak, kira umah besan my MIL la. Alasannya nak nengok cucu kesayangan dia pakai baju kurung. Al-maklumlah tahun pertama cucu tuh beraya kan. So tahun nie best sbb dapat masak sesama dengan mama. Jangan tak cayer aku masak rendang campur. Hasilnya sebijik mcm my MIL nyer rendang. Ini diperakui sendiri oleh papa. Papa kata uish...hebatlah mama. leh masak rendang macam mak msk. hehehhee....bukan senang nak kena puji nie. Kembang semangkuk rasenyer.... Raya ke-3 tahun nie kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highland. Sangat best sbb aku memang sgt suka kwsn yang sejuk2 nie. Raya ke-5 turun dr CH terus ke Sg Siput jemput my MIL. Sambil2 tuh beraya skali umah keluarga angkat aku kat Felda Lasah.

Musim mengawan dah tiba. Dari seminggu lepas raya, evry weekend ada job ngandam...memang sangat penat. tapi mengenangkan rm yang masuk & keperluan aku nak pakai duit utnuk bayar yuran sekolah deena, aku hadapi juga segala karenah & kehendak pengantin2 nie. Kalau kurang tahap kesabarran, adakalanya mau jer aku blah masa tuh gak. Tapi aku faham, if aku jadi penagntin pun, mesti aku nak yang terbaik untuk diri aku & majlis yang berlangsung sekali seumur hidup tuh kan. November tahun nie aku terbang ke Kelantan pada 5 Nov untuk makeup kan Mc kie...mulanya nak bawak deena tp smpi ke masa tuh, Dna kena measles la plak..cian sgt kat dia. But the next weekend tuh aku ke Penang, dapat juga aku bawa Deena. Kali nie untuk majlis bertandang Mc Kie dia rumah keluarga Yon. hehehe...dapat gak dna naik flight.

Yang menarik lagi, tahun nie aku berjaya makeup 2 pengantin dalam masa yang singkat. KUl 5 pagi keluarga umah menuju ke Tmn Melati. 6 pagi makeup Asiah Budiman...7 pagi terus ke bAngi untuk makeup lg sorg penagntin. Sebab dua2 penagntin nie nak nikah kul 9. Lawak giler kan? Aku pun x sangka camner aku leh mampu jadi cenggitu. hahahha...tuh antara kenangan yang pasti aku akan ingt smpi bila2 la...Sampai ke hujung Disember, aku memang sangat2 sibuk. Kerja 7 hari seminggu bukan sesuatu yang mudah ok? Aku rasa kalo tak kuat semangat memang leh flat...Tapi aku selalu percaya nak senang bukan senang. Mesti guna sepenuhnya akal fikiran, tulang 4 kerat...lebey2 lagi kita nak rezeki yang halal & diberkati. SO sehingga berakhirnya Disember 2009, aku rasa tahun 2009 lah yang paling letih & mencabar buat aku. Apapun ALhamdulillah kerana dalam kepenatan, aku masih ada masa bersama keluarga, masih gembira dan mampu menjalani hari2 yang datang dengan penuh semangat & kudrat...Syukur pada Allah...

Semoga ketibaan 2010 akan memberikan nafas yang lebey untuk aku terus berusaha demi keluarga yang tersayang. Moga aku dberikan juga tenaga yang lebey, kesihatan yang baik dan juga aku amat berharap Deena 'ALiyah mampu menjadi anak yang baik, cergas, cerdik & pintar mengharungi alam persekolahannya....Insya-Allah.....

Monday, December 28, 2009

Aku Wanita Biasa - KD vs. Separuh Jiwaku Pergi - Anang


Tersentuh jiwa..tatkala mendengarkan kedua2nya...mungkin aku jua lebih senang begini...bercerita dalam lagu....indahnya bait lirik itu...meninggalkan kesan yang amat dalam...


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut ghairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Surut ghairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana


Maafkan aku

*****************************************

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar ku mencintaimu

Thursday, December 24, 2009

Bila Lena Berpisah...

19 Disember 2009 - Malam tu untuk pertama kalinya Deena memberi approval untuk dia tidur sendirian dalam biliknyer. Sebenarnya sebelum2 nie pun mama & papa dah banyak kali beri cadangan tapi Deena kata dia takuuuttt... So malas lah nak paksa2. Lagipun to tell u the truth, aku yang ala2 tak sanggup berpisah dengan dia...sangat x best owkey kalo Deena tak tdur sebelah. Actually aku x kisah. Macam nak biar jer sampai bila pun dia nak tidur bersama. Coz rasanya 2 queen size bed dalam bilik aku tuh lebey dari muat untuk kami bertiga. But papa kata dah tiba masanya Deena kene sleep by herself. & papa sgt realize yang aku sebenarnya yang reluctant to release Deena..but what to do. Aku terpaksa akur lah sbb mmg realiti kowt yang Deena dah besar & memang kene start tdur sendiri.

So on that nite, Deena ckp sendiri..."deena kan dah 6 yrs esok. so deena nak tdur bilik deena la.." Me & papa pun cpt2 approve & puji2 dia. bukan per..sementara dia nak kan. kang kalo dia reject kang, payah lak. so b4 bedtime, dia mintak susu & story telling. So while papa uat susu, mama pun bukak story book & read to her. Bila dh dapat susu, dah habis story telling, mama kiss2 n hug deena dulu n tinggalkan dia. So sepanjang malam tuh sumer ok jer...BUT firstly in the morning, turun jer dari katil, aku terus terpa bilik deena dulu. Bukak pintu bilik & tengok dia masih lena dibuai mimpi. Owh...berjaya rupanya anak aku nie tdur sendiri...aku mcm lega sket.

Malam kedua is after deena burfday bash. Kami dh bukak2 prezzies n masuk tdur lebey kuwang kul 11 lebey. Mcm biasa aku hantar deena masuk tdur dulu but this time x bacakan story sbb pinggang aku dh tersgtlah sakitnyer & letih nyer tuhan ajer yg tahu. so letak jer kepala kat bantal, terus lost....tetiba kul 3 lebey gitu dengar sayup2 sore budak nangis n ketuk pintu. Dalam keadaan mamai2 tuh aku bangun & cuit papa. Aku terus bersuara dlm separa tergezut gitu..."papa, deena tuh..." Papa terus melompat dari katil & bukak pintu (actually kami no idea naper deena ketuk pintu coz bukannya berkunci pun). Papa bukak pintu n terus dukung deena letak atas katil. Both of us terus tanya deena naper dia nangis...puneyr lah risau. ingatkan nitemare ker..haper ker. & sambil tersedu-sedan tuh Deena jawab .."deena nak susu..". Pergghhh...lega. Ingatkan apalah tadi. nak susu jer rupanya. aku abring balik sbb sgt pening n ngantuk. Papa terus bangun g dapur uat susu. & deena ended up sleeping with us. Tapi aku rasa best sgt sbb deena ada kat sebelah. hehehe...

So malam ke-3 dan malam ke-4 berlalu. Kebetulan minggu nie papa tak g kije kat JB...jadi every nite ada jer lah dia kat umah. & deena aliyah pun berjaya menghabiskan malam2nya tidur at her own room. but one thing yang aku nak share dengan sumer, setiap pagi turun jer dari aktil, 1st thing aku akan buat yerlah bukak pintu bilik dia & tengok keadaan dia. ntah naper...aku mcm rindu sangat dengan deena. mcm dah lama x jumpa padahal tdur jer asing2. So rasanya deena ok kot...aku jer mcm tak keruan sbb selama nie memang dia tdur dgn aku. & aku dok fikir2 gak nie. nanti kalo papa g kije kat JB, takkan aku nak tdur sorg kowt. masa nielah peluang nak tdur dgn deena. tapi risau lak nnti bila papa balik, deena taknak g tdur bilik dia lak. so how? or mayb aku leh g tdur kat bilik deena sepanjang papa x der. but mana muat nak tdur 1 katil..hehehe...sure aku kene tdur bawah sbb katil deena kecik jer..if aku tdur bwh camner aku nk peluk deena. aku rindu nak peluk dia masa tdor. kalo tak bukan kerana papa dah suruh, aku rasa aku x kisah kowt bagi deena tdur jer sesama. lagipun aku slalu fikir..masa2 ginilah yang dia nak tdur dgn aku. esok kalo dah remaja, mesti dia nak tdur sendiri & ada dunia dia sendiri...adussss...sgt sedey laaa...sangat2 rindukan deena bila x tdur dgn dia. hik3...cepat2l;ah papa g JB. nnti leh la aku tdur dgn deena balik...oooppsss...^_^

Deena 'Aliyah Burfday Bash!!













Rasanya masih tak terlambat untuk mama wish anak kesayangan mama nie Selamat Hari Lahir yang ke-6 buat Deena 'Aliyah...Semoga Deena diberikan rahmat & keberkatan hidup baik di dunia mahupun akhirat. Mama doakan Deena membesar menjadi anak yang solehah, beriman, berilmu tinggi, cerdik lagi pintar, disayangi & disenangi semua orang, menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia & akhirat. Aminnn....

So untuk tahun nie, dalam kesibukan yang teramat sangat, mama buat juga preparation untuk Birthday Bash Deena memandangkan 20 Dis 2009 jatuh pada hari Ahad. Persiapan kali ini mama rasa agak teliti dan rapi juga. Dari awal mama dah list down menu, tetamu, gifts, games dan sebagainya. Mama dah sediakan 1 buku log yang mama catit things to buy, things to do....& mcm2 lg. Semua untuk Deena & mama nak Deena rasakan experience ada burfday bash sendiri coz masa kecik2 dulu mama slalu gak teringin party mcm nie tapi byk kekangan yg buat nenek & popok Deena tak dapat nak buat mcm yang mama inginkan.

Tibalah pada hari yang Deena nanti2kan tuh. Even cuaca dicucuri hujan rahmat...majlis dapat bermula on time....Tetamu pun tiba tak berhenti2. Deena pun mama tengok happy sangat dengan kawan2 Deena yang datang....n kawan2 mama & papa yang ramai juga. Yang paling special skali kek Deena nie mama tempah khas dari Aunty Ila, yang mama kenal kat blog. Memang cantik sgt kek mermaid yang dia buat specially requested by mama sbb mama tau Deena sangat2 sukakan mermaid, infact Deena pernah ckp dgn mama Deena wish Deena nak jadi mermaid...hehhehe...

Mama pun minta tlg uci sediakan pulut kuning yang dihias indah untuk kita sekeluarga menjamu tetamu. Pulut kuning nie tanda kesyukuran kerana 7 tahun yang lalu pada 20 Dis 2002, mama & papa diijabkabulkan dan tepat2 setahun selepas tuh, Deena pulak dilahirkan. Mama percaya ada hikmahnya Allah lahirkan Deena tepat2 pada Annivessary mama & papa yang pertama. Kerana kelahiran Deena lah kita semua berada di sini bersama pada hari ini. And Deenalah kesayangan kami yang pasti tak dapat dinilai dengan wang ringgit mahupun intan permata...

Apapun mama nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat Ficik sebab dia yang banyak bersama mama uat preparation untuk burfday bash Deena. Kami sama2 p shopping untuk goodie bags Deena, beri pendapat untuk macam2 perkara...tks untuk mckie sbb tlg uat banner nama Deena...tks a lot for nenek sebab tolong gorengkan karipap & nuggets...n buatkan pudign custard yang sangat sedap....nenek gak buat marble cake yang l;ebey sedap drp burfday cake deena...hehehhe....n also kek gula hangus yg sgt best. Terima kasih gak untuk uci yang tlg buatkan pulut kuning & rendang daging yang sangat2 sedap....untuk neklong yang gorengkan mee yang marvelous. A big tks to chuchu Akie sbb tlg tiupkan belon...uatkan deco here & there...n tlg smpi abis majlis....Thank you jugak untuk aunty Bhah sbb bagi popia sambal yang pedas lg sedap (even mama x dapat rasa...sob..sob..), buat aunty Ina yang tlg buatkan sandwich telor yang sedap (hehehe...yang nie sib baik mama sempat makan)...tks to all friends yang datang, yang bagi prezzies untuk Deena...sampai deena kata huh, berlambak2 present Deena nie. ^_^

Malam tuh, lepas semua tetamu dah balik & mama dah basuh segala bekas, periuk belanga...mama sempat snap photo for evry prezzie yang Deena dapat. So deena leh la abadikan kenangan nie dlm hidup Deena sampai bila2. hehehhe...sebab tak mungkin mama mampu buatkan deena party every year...huhu..(atas alasan iyer nyer sgt2 memenatkan owkey). So maybe next bash will be 6 yrs frm now? huhuhu...tp mana tau if murah rezeki, maybe mama mampu buatkan yang lebey baik untuk Deena pada tahun2 yang akan datang, Insya-Allah. Apapun mama harap Deena happy dengan majlis tuh & janji dengan mama k yang Deena akan belajar rajin2 sebab dah sekejap jer lagi nie Deena nak masuk standard 1 kat Sri Ayesha. So to Deena 'Aliyah...have a very happy 6th burfday & be a good + great gurl owkey?? Muah2...mama will alwiz lurve u.... ;-)

BLACK & WHITE PHOTO Contest

click the logo to join the contest...

just nak try my luck...1st time masuk blog contest nie...

this pic was taken back at King's Park, Perth in June 2009....

Thursday, December 10, 2009

Deena's graduation day...

Ni list nama student yang berjaya masuk sri ayesha utk std 1..rasa happy sgt sbb nama deena ada dlm senarai tuh. utk yg berminat leh g ker www.sriayesha.com






Dah lama tak menulis, rasa mcm kekok pun ada gak. Tapi arinie mcm ada semangat baru sket. Nak share gak moment nie. Supaya dapat dijadikan kenangan selamanya. Diam tak diam, Deena 'Aliyah dah nak menjangkau ke usia 6 tahun . Dia pun dah selamat tamat sessi tadika 2009 dan graduation dia pun dah selesai. Macam tak sangka jer anak dara i nie dah nak masuk darjah 1.

Bercakap tentang darjah 1, pada mulanya memang dah daftar kan dia sekolah rendah taman seroja, yang paling dekat dengan rumah. Maknanya dia akan ke sek rendah pada sessi pagi dan tengahari ayah kena g amik..balik rumah, mandi, makan dan sbgnya...then at 2pm ayah kena send her back for sekolah agama lak. Fikir punya fikir n survey punya survey, adalah terjumpa 2 sekolah agama islam swasta kat bangi. Sekolah nie mcm intergrasi school la. Kira start pagi, n abis petang. So aku pun try survey n called up. Yang 1st school..Al-Amin..dah penuh. Rayuan pun tak dilayan. I called up the 2nd school...Sri Ayesha. Luckily masih ada peluang coz placement test akan diadakan seminggu dari masa aku called tuh. So aku pun uat lah preparation utk Deena serba sedikit. Bila sampai pada harinya...bukan Deena jer yg neves, aku lagilah neves sbb harapan utk Deena dapat masuk ke sekolah tuh amat2lah tinggi. Memang aku sangat2 berharap lah...tapi disebabkan placement test tuh merangkumi beberapa bahagian. 1st-ujian bertulis..Subjek-maths, BM, English, Sains....2nd-oral...jawi, bm, english....3rd-practical..kena perform solat & ayat2 lazim. Alamak...sgt scary ok. Even aku tau Deena leh uat, tapi maybe so-so jer. means keyakinan aku terhadap dia dlm 50% jerk. Al-maklumlah...kalo soklan tuh tanya pasal playhouse disney ker...ben 10 ker..powerpuff gurls ker..mayb lah deena leh jawab dgn cekap. hehhehe..(jahat mama deena kan. x yakin dgn anak sendiri)....and...parents pun perlu jwb questionaire yg agak mencabar gak soklan2 dia..n siap kena interview lg dgn management sekolah. mcm2 lah depa tanya. aku pun try my very best lah utk jwb soklan2 derang tuh...in english ok...hehehhe...dah namanya nk masukkan anak sek english kan...takkan harap derang tanya in BM pplak...

So balik tuh evry day i prayed to Allah. Amat2 mengharapkan deena lulus n dapat masuk sek tuh. Dah la masa yg diambil sangat lama utk dpt result. nearly 2 mths...debaran demi debaran. dah la masa nak amik exam tuh kena byr rm50. kalo fail or pass, duit burn...hehehhe...so smpilah 1 day tuh...aku blk kije, tgk ada surat..sampul biasa jer mcm surat cinta...tp bila bukak dalam, ia adalah surat tawaran untuk masuk ke sri ayesha. sampai nangis2 aku..deena pun blurr2 katak tgk mama dia tanpa sebab tetiba nangis. hehehhe...ntah la utk org lain. but for me mcm 1 achievement lah deena dapat sekolah tuh. mesti org tertanya2 naper aku nk hantar deena sgt2 ke sekolah tuh selain ilmu2 agama diterapkan kat sekolah tuh kan...haa..nilah sebab2nya...

Montessori Education is both a method and a philosophy based on 45 years of observation and work with children..

The Montessori approach used by Sri Ayesha begins with the acknowledged potential of each child and provides for cognitive, physical and spiritual development through a specially prepared environment.

The teacher at Sri Ayesha prepares the environment, directs the activity but it is the child who learns, who is motivated through work him/herself.

Self motivation allows the children to learn at their own speed, according to their own capacities and in a non-competitive atmosphere.


  • Character formation cannot be taught.
    It comes from experience and not from explanation.

  • Method's implementation

    Sri Ayesha is taking a bold implementation of its teaching methodology starting with level 1 students. The aim is to externalize the sense of liberty and freedom among children in acquiring knowledge. Slowly but surely, the teacher will 'step back' and allow children to take control of their daily routine based on certain responsibilities agreed upon between them.

    The children will self-learn through environment prepared by teachers. The teacher will scientifically observes and facilitates the children learning experience.

What is Montessori Educations???
A sensitive period is a time in the life of a child when he or she is driven to perfect a certain skill or concept, and when she or he can do so most easily and naturally, and which, when it passes, can never be recovered or recreated in the same way again.

Needs for...
  • A Need For Order - a need for routine, a set daily schedule that is consistent.
  • A Need For Movement - to move and do for himself.
  • A Need For Meaningful Work - that relates to real life.
  • A Need To Experience Things Concretely - must start with the concrete before moving to the abstract.
  • A Need To Absorb All Experiences - like sponges.
  • A Need To Refine The Senses.
  • A Sensitivity To Small Objects And Fine Details.
  • A Sensitivity For Logical Procedure - cause and effect.
  • A Sensitivity For Repetition - perfects skills and develop concentration.
  • A Sensitivity For Social Relations - which makes this a good time for ground rules and good manners.
haaa...skrg dh terjawabkan naper aku beriya2 nak hantar deena sekolah situ. even kena bayar lebey sket...its ok. aku rela korbankan belanja2 lain yg x brp penting khas utk education deena. tambahan lak pagi2 sekolah ini akan buat hafazan quran dulu sebelum mula belajar. so memang aku nak sangat2 deena dapat ilmu duni selari dengan ilmu akhirat dia. kalau cukup ilmu akhirat dia, insya-allah dia tak akan terjebak dengan masalah2 sosial anak2 zaman skrg yg sgt2 aku risaukan. so kat sini ada few pics masa deena nyer graduation day arituh....19hb dec nie ada briefing kat sri ayesha...psl buku n school uniforms....can't wait actually....



Thursday, December 3, 2009

EOE online....make your dream comes true...

Dah lama giler rasanya x update blog. Bukan berputus asa, cumer ada sedikit keciwa dlm hidup...wakakakak...tp lom smpi rasa mcm nk potong urat mereh nie lagi laa...cuma dah no mood to write. Macam writer2 yang lain lah kan. Bila dah no modd tuh, idea sumer nampak kabur jer...but today memang bersemangat nak update blog coz nak citer tentang satu website yg dah jadi feveret... apa lagi kalo bukan http://www.eoe.com.my/ ... ape? penah dengar?? tapi di mana ye..ape sebenarnye ye eoe online nih??


eoe online ialah satu website dimana kite boleh mem'print' gambar-gambar kite yg lam digi cam tu secara online... x payah g kedai gambar, save tenaga, save petrol, save masa... n gamba yang di print akan di postkan ke tangan anda...tangan anda okay... so..lets the fingers do the printing...


aku dah try dah service nih before wat entry nih...n hasilnya amatlah memuaskan... jika dibandingkan dengan print di kedai, rasa tak de beza kot...n kelebihannya, kite leh pilih gamba dari pc, tick2 cam nak upload lam facebook, frenster.... n then gamba2 yang dah di print akan direct dihantar pada alamat anda... dont worry, some of my frens pun dah cuba n service nye amat cepat dan selamat... no worries kay.... n yang paling penting harganya amat berpatutan... tak mengira berapa keping yang mau print n shipping cost pun murah...

untuk mengupload gamba adalah sangat mudah.. but first of all kenalah register id di http://www.eoe.com.my/...

kemudian, just folllow this steps




n then this is the print promotion...berbaloi-baloi and very the worth ok??





see?? just Rm0.30 for 4R print!!! sangat murah..plus, free delivery if print more than rm35!! so if nak print 4R, just pay RM35 for 117 keping gambar... n cara bayaran pun amat la mudah...sama ada bank in or thru maybank2u.com.my

so..apa tunggu lagi??? mari la ramai2 kite print gamba... sayang wo gamba2 tu terperap je lam pc... aku if pas print gamba je... tiap2 ari dok belek album je kejenyer... mebi sblm ni kite malas nak save lam tumb drive, pehtu nak g kedai order print, n g kedai lagi amik gamba yg dah siap...now seme leh buat depan pc aje... canggih bukan???

a big thanks to eoe online.... !!! It really makes your DREAM comes TRUE !!!!

Wednesday, July 15, 2009

Trip to Perth - Day 2

Hari kedua di Perth kami ke Fremantle market. memang tempat nie tempat yang WAJIB dikunjungi dan heaven lah untuk orang2 yang nak shopping souvenir & apa jua produk untuk dibawa balik sebagai kenang-kenangan dari Oz. Since hari tuh Jumaat, aku dapat spend 2 hrs jer kat sana sbb nak kejarkan lunch di Kailies Fish MArket dan para lelaki nak solat Jumaat di WA University. So dengan kelam kabut nyer grab apa yang patut...tuh pun rasa dah laju giler shopping. Tapi me n mama (especially) rasa x cukup masa nak tengok sumer benda.

Lunch at Kailies. Memang harga fish & Chips dlm AUD26 dan seafood platters AUD69...tapi cukup untuk kami berlapan. Jangan convert to RM!!! Nanti x lalu nak makan. SO aku advice ayah, anggap jer AUD nie mcm RM la. So kita x der lah rasa parah sgt. Lagipun bukan slalu dpt peluang nak makan seafood semeriah nie. Apapun bila dah balik Msia, rasa mcm tak puas makan di Kailies. Teringatkan iced coffee nyer & iced choc. Sumer sedap2 belaka!

Dari Fremantle, kami ke WA University, tempat Wawa study. Sumer lelaki g solat Jumaat. Yang ladies jaga anak2 dulu. Sempat jugak berposing2 kat area sana. Memang cantik sgt tempat belajar derang. Jauh kalah dengan UPM even UPM banyak pokok. FFaktor cuaca pun sgt2 memainkan peranan. Aku rasa kalo dapat study kat sini, kalo x grad gak x tau lak. Aman, damai, nyaman....

Dari WA Univ, kami ke Harbour Town Shopping Mall. Kat sini sumer branded2 item ada dan dijal dgn harga yang amat berpatutan. Boleh dikatakan setiap kedai kat sini tengah sales. Tapi since x der bajet utk shopping brg2 personal, kami tengok2 ajer lah. Tapi Deena sempat gak rembat sebijik bola kat kedai Converse. And aku pun sempat beli sweater yang sangat2 murah. AUD 20 jer...n kualiti ok..Infact better than RM 70 yang aku beli kat KL. Petang tuh dinner kat situ. Makan shawarma. Memang sedap...harga dalam AUD9..tapi x leh nk habiskan terus. Either share atau makan 2 kali. Aku makan lam shawarma. Sedap..half makan kat situ, half lagi sambung di rumah. Kena tidur awal malam tuh coz esoknyer nak ke Margaret River & Busselton. Which is jauh from Perth City.