BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 24, 2009

Deena 'Aliyah Burfday Bash!!













Rasanya masih tak terlambat untuk mama wish anak kesayangan mama nie Selamat Hari Lahir yang ke-6 buat Deena 'Aliyah...Semoga Deena diberikan rahmat & keberkatan hidup baik di dunia mahupun akhirat. Mama doakan Deena membesar menjadi anak yang solehah, beriman, berilmu tinggi, cerdik lagi pintar, disayangi & disenangi semua orang, menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia & akhirat. Aminnn....

So untuk tahun nie, dalam kesibukan yang teramat sangat, mama buat juga preparation untuk Birthday Bash Deena memandangkan 20 Dis 2009 jatuh pada hari Ahad. Persiapan kali ini mama rasa agak teliti dan rapi juga. Dari awal mama dah list down menu, tetamu, gifts, games dan sebagainya. Mama dah sediakan 1 buku log yang mama catit things to buy, things to do....& mcm2 lg. Semua untuk Deena & mama nak Deena rasakan experience ada burfday bash sendiri coz masa kecik2 dulu mama slalu gak teringin party mcm nie tapi byk kekangan yg buat nenek & popok Deena tak dapat nak buat mcm yang mama inginkan.

Tibalah pada hari yang Deena nanti2kan tuh. Even cuaca dicucuri hujan rahmat...majlis dapat bermula on time....Tetamu pun tiba tak berhenti2. Deena pun mama tengok happy sangat dengan kawan2 Deena yang datang....n kawan2 mama & papa yang ramai juga. Yang paling special skali kek Deena nie mama tempah khas dari Aunty Ila, yang mama kenal kat blog. Memang cantik sgt kek mermaid yang dia buat specially requested by mama sbb mama tau Deena sangat2 sukakan mermaid, infact Deena pernah ckp dgn mama Deena wish Deena nak jadi mermaid...hehhehe...

Mama pun minta tlg uci sediakan pulut kuning yang dihias indah untuk kita sekeluarga menjamu tetamu. Pulut kuning nie tanda kesyukuran kerana 7 tahun yang lalu pada 20 Dis 2002, mama & papa diijabkabulkan dan tepat2 setahun selepas tuh, Deena pulak dilahirkan. Mama percaya ada hikmahnya Allah lahirkan Deena tepat2 pada Annivessary mama & papa yang pertama. Kerana kelahiran Deena lah kita semua berada di sini bersama pada hari ini. And Deenalah kesayangan kami yang pasti tak dapat dinilai dengan wang ringgit mahupun intan permata...

Apapun mama nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat Ficik sebab dia yang banyak bersama mama uat preparation untuk burfday bash Deena. Kami sama2 p shopping untuk goodie bags Deena, beri pendapat untuk macam2 perkara...tks untuk mckie sbb tlg uat banner nama Deena...tks a lot for nenek sebab tolong gorengkan karipap & nuggets...n buatkan pudign custard yang sangat sedap....nenek gak buat marble cake yang l;ebey sedap drp burfday cake deena...hehehhe....n also kek gula hangus yg sgt best. Terima kasih gak untuk uci yang tlg buatkan pulut kuning & rendang daging yang sangat2 sedap....untuk neklong yang gorengkan mee yang marvelous. A big tks to chuchu Akie sbb tlg tiupkan belon...uatkan deco here & there...n tlg smpi abis majlis....Thank you jugak untuk aunty Bhah sbb bagi popia sambal yang pedas lg sedap (even mama x dapat rasa...sob..sob..), buat aunty Ina yang tlg buatkan sandwich telor yang sedap (hehehe...yang nie sib baik mama sempat makan)...tks to all friends yang datang, yang bagi prezzies untuk Deena...sampai deena kata huh, berlambak2 present Deena nie. ^_^

Malam tuh, lepas semua tetamu dah balik & mama dah basuh segala bekas, periuk belanga...mama sempat snap photo for evry prezzie yang Deena dapat. So deena leh la abadikan kenangan nie dlm hidup Deena sampai bila2. hehehhe...sebab tak mungkin mama mampu buatkan deena party every year...huhu..(atas alasan iyer nyer sgt2 memenatkan owkey). So maybe next bash will be 6 yrs frm now? huhuhu...tp mana tau if murah rezeki, maybe mama mampu buatkan yang lebey baik untuk Deena pada tahun2 yang akan datang, Insya-Allah. Apapun mama harap Deena happy dengan majlis tuh & janji dengan mama k yang Deena akan belajar rajin2 sebab dah sekejap jer lagi nie Deena nak masuk standard 1 kat Sri Ayesha. So to Deena 'Aliyah...have a very happy 6th burfday & be a good + great gurl owkey?? Muah2...mama will alwiz lurve u.... ;-)

0 comments: