Sekejap jer masa berlalu. Pejam celik beratus ribu kali, dah sampai ujung tahun. Aku percaye setiap org telah melalui beribu pengalaman pahit & manis yang berbeza-beza. Sama gak cam aku. Tahun 2009 memang tahun yang sangat mencabar..tapi ada juga diselangi happiness. Takder lah sumernye cedey jer kan. Karang nampak aku nie macam tak bersyukur lak dengan nikmat yang Allah berikan.
Kalau Jan 2009 yang lalu, aku diuji dengan serangan demam denggi yang sangat hebat tahap kesakitannya. Sampai aku rasa insaf dengan dugaan Allah pada masa tuh. Sehingga terfikir, nie baru demam denggi..macamana lah orang yang suffering from serius illness tuh kan. Mesti lagi derita...ermmm...terus rasa insaf..dalam hati nie terus rasa sangat2 bersyukur. Duduk dalam wad jer 7 hari...dan disambung mc 9 hari..masa naik kerja tuh perasaan sangat2lah gembira & berkobar2. Sebab rasa mcm dah lama sangat tak kije...hehehhe..Itu baru kisah muqadimah nyer in Jan...
Feb, Mac berlalu macam biasa. In Feb aku dapat join reunion kawan2 sekolah SMSU dulu. Memang havoc giler. Dpt jumpa my best friend masa sekolah dulu. Gaduh2 manja dengan papa macam selalu..muahahha...(manja ker??)...pergi balik ofis 5 hari seminggu dan enjoyin my office life dgn colleagues & best friends, menghadap Deena 'ALiyah yang semakin pandai & bijak berkata2...pergi mencantikkan pengantin2 yang menjadi ratu sehari (sampai rasa mcm dah x der perasaan me'makeup'kan derang even deep inside dlm hati meluap2 nak mencantik gilerkan derang)..hehhee
April tiba lagi...kali nie bertambah setahun lagi usia aku di bumi Allah ini. Memang tahun nie agak best sebab sampai 3 kali celebration birthday dibuat. 1st being celebrated by office colleagues. 2nd dengan family & 3rd dengan family lg skali (included ciki).hahhahaha...rasanya masa kecik2 dulu pun x celebrate birthday byk kali mcm ni...April gak aku bz dengan pengauditan ISO, netball tournament & kursus2 kewangan.
Mei berlalu dengan cepat. Jun lah bulan yang tak sabar2 aku tunggu kedatangannya. Sebabnya 25 Jun me & my family (termasuk mama & ayah) nak habiskan masa 1 week bervacation ke Perth, Australia. Kami stayed kat umah Wawa. Memang percutian kali nie sangat2 best. Setiap hari sgt penat berjalan. Tapi berada 7 hari di bumi kangaroo tuh sangatlah sekejap dan tak puas. Memang hingga ke saat nie, aku sangat2 merindui Perth yang aman & bersih tuh. Tapi satu kenangan yang tak leh dilupai ialah balik dari perth, wabak H1N1 sedang sangat2 serius menular. So kami sekeluarga diberi mc seminggu dengan mengkuarantin diri di rumah. But since we all rasa we all sangat sihat walafiat, masa nie aku gunakan sepenuhnya untuk mengemas rumah & membuat beberapa aktiviti shopping.
Bulan Ogos tiba tanpa diundang. Kali nie agak nervous coz Deena kena sit for placement test at Sri Ayesha School. Ujian nie akan menentukan sama der dia berjaya atau tak. Alhamdulillah, Deena lulus & dah selamat pun masuk ke darjah 1. Ramadhan tiba lagi. Lega sket kerna tiada lagi job mengandam. Nie lah waktu rehat setiap tahun. But as usual, aku bz lak dgn urusan tempahan kuih raya. Alhamdulillah, tahun nie rezeki lenjual kuih raya tetap ada. Hingga nak ke hari raya tuh, 2-3 kali gak aku ke rumah aunty Asiah untuk mengambil stok dan menegdarkan kpd kwn2 yg menempah. Yang lagi best tahun nie aku promo kuih raya dalam FB. Jangan tak caya kaedah nie berkesan jugak tau. hehehhe...tahun 2010 leh uat lg.
Raya tahun 2009 macam biasa. Cuma yang berbezanya tahun nie my MIL x raya di Sg Ramal mcm biasa. Kali nie dia ikut anak bongsu kesayangan dia beraya di Perak, kira umah besan my MIL la. Alasannya nak nengok cucu kesayangan dia pakai baju kurung. Al-maklumlah tahun pertama cucu tuh beraya kan. So tahun nie best sbb dapat masak sesama dengan mama. Jangan tak cayer aku masak rendang campur. Hasilnya sebijik mcm my MIL nyer rendang. Ini diperakui sendiri oleh papa. Papa kata uish...hebatlah mama. leh masak rendang macam mak msk. hehehhee....bukan senang nak kena puji nie. Kembang semangkuk rasenyer.... Raya ke-3 tahun nie kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highland. Sangat best sbb aku memang sgt suka kwsn yang sejuk2 nie. Raya ke-5 turun dr CH terus ke Sg Siput jemput my MIL. Sambil2 tuh beraya skali umah keluarga angkat aku kat Felda Lasah.
Musim mengawan dah tiba. Dari seminggu lepas raya, evry weekend ada job ngandam...memang sangat penat. tapi mengenangkan rm yang masuk & keperluan aku nak pakai duit utnuk bayar yuran sekolah deena, aku hadapi juga segala karenah & kehendak pengantin2 nie. Kalau kurang tahap kesabarran, adakalanya mau jer aku blah masa tuh gak. Tapi aku faham, if aku jadi penagntin pun, mesti aku nak yang terbaik untuk diri aku & majlis yang berlangsung sekali seumur hidup tuh kan. November tahun nie aku terbang ke Kelantan pada 5 Nov untuk makeup kan Mc kie...mulanya nak bawak deena tp smpi ke masa tuh, Dna kena measles la plak..cian sgt kat dia. But the next weekend tuh aku ke Penang, dapat juga aku bawa Deena. Kali nie untuk majlis bertandang Mc Kie dia rumah keluarga Yon. hehehe...dapat gak dna naik flight.
Yang menarik lagi, tahun nie aku berjaya makeup 2 pengantin dalam masa yang singkat. KUl 5 pagi keluarga umah menuju ke Tmn Melati. 6 pagi makeup Asiah Budiman...7 pagi terus ke bAngi untuk makeup lg sorg penagntin. Sebab dua2 penagntin nie nak nikah kul 9. Lawak giler kan? Aku pun x sangka camner aku leh mampu jadi cenggitu. hahahha...tuh antara kenangan yang pasti aku akan ingt smpi bila2 la...Sampai ke hujung Disember, aku memang sangat2 sibuk. Kerja 7 hari seminggu bukan sesuatu yang mudah ok? Aku rasa kalo tak kuat semangat memang leh flat...Tapi aku selalu percaya nak senang bukan senang. Mesti guna sepenuhnya akal fikiran, tulang 4 kerat...lebey2 lagi kita nak rezeki yang halal & diberkati. SO sehingga berakhirnya Disember 2009, aku rasa tahun 2009 lah yang paling letih & mencabar buat aku. Apapun ALhamdulillah kerana dalam kepenatan, aku masih ada masa bersama keluarga, masih gembira dan mampu menjalani hari2 yang datang dengan penuh semangat & kudrat...Syukur pada Allah...
Semoga ketibaan 2010 akan memberikan nafas yang lebey untuk aku terus berusaha demi keluarga yang tersayang. Moga aku dberikan juga tenaga yang lebey, kesihatan yang baik dan juga aku amat berharap Deena 'ALiyah mampu menjadi anak yang baik, cergas, cerdik & pintar mengharungi alam persekolahannya....Insya-Allah.....
Yang Tenang Itu Aku Perlu
-
Kalau ditanya apa yang aku nak sangat buat now ni....yeah gamba ni paling
sesuai.. aku tak fikirkan aktiviti untuk mengisi masa lapang...sebabnya mmg
...
6 years ago

0 comments:
Post a Comment