BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 30, 2008

Disney On Ice 2008


4 April 2008 - untuk kali yang ke-3 aku bawak Deena g tengok DOI with theme Disney Amazing Journeys. 1st time bawak Dna masa umur dia 1 yr, then 2 yrs... Masa 3 yrs - 2007, tak dapat g sebab tak mampu nak beli tiket masa tuh...memang tengah broke giler. Alhamdulillah tahun nie, sejak mula iklan dia dipromosikan kat Astro, Dna dah request. Tahun nie kan dia dah 4 tahun lebih so dah cerdik sket la nak mintak itu ini. Pas aku survey2, aku pun dapat tiket 1st row but with a very reasonable price sebab aku Eon Bank Cardholder..tq Eon Bank!! Hehehe...If tahun2 yang sebelum nie aku perlu beli 1 jer tikat sebab Dna free (below 3 yrs old), tahun nie kena beli 2 tiket. Nasib baik harga ok so takder lah rasa beban sangat. And tks to Ficik coz temankan aku g Stadium Putra untuk beli tiket.

Jumaat tuh aku kena apply leave sbb show start at 4.00. Fikir2 if nak half day pun tak sempat. Kena rushing balik amik Dna & siapkan dia. So that day kami kuar umah dalam 2.30 sebab langit macam nk runtuh. Elok jer masuk kereta, hujan lebat sangat. Selalu in normal weather nak g Bukit Jalil will take approx 30 min but this time aku sampai sana around 3.45. Memang sangat2 mencabar. Hujan lebat...Guruh, kilat, petir...angin...ribut. Sumer ada except twister. Kereta siap rasa terhoyong hayang sebab ditiup angin. Kena pegang stereng kuat2. Aku memang dh kecut giler but mengenangkan anak aku memang nak g sangat2, aku teruskan jugak perjalanan tu. Aku siap reclinekan seat, suruh Dna baring n pasang seat belt. Manalah tahu kot2 sesuatu yang tak diingini terjadi. Alhamdulillah, kami sampai even dh lambat sket...Rushing berpayung berdua dengan Dna, berjalan ke stadium. Bila dapat jer duduk, aku rasa macam nak putus jantung sebab debaran driving tadi tak habis lagi. Habis show, Dna nak beli souvenirs...then baru dia sedar yang dia lapar. Kami berdua g makan A&W yang bukak stall kat situ. Dna makan ayam goreng sampai 2 ketul. hehehhe...memang lapar betul. So kat sini ada those pics yang sempat kami ambil kat Bukit Jalil & kat rumah (dah balik )...sorry kena buat part I & II sbb x biasa lagi nk upload pics byk2 skaligus. Nnti aku menuntut dulu...hehehe...

0 comments: