BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 10, 2008

Teater Muzikal P.Ramlee





Ingat tak dalam my blog yesterday I did mentioned about an unforgetable memories tuh? Sbnrnya on Sunday, even dlm flu & batuk yang teruk, disebabkan tikat dah beli sebulan sebelumnya, aku kuatkan semangat untuk g tengok teater musical P. Ramlee. FYI, ths is my 1st experience tgk teater. Memang agak nervous sbb tak tau nak bayangkan camner lah rupanya tetater tuh...& betul ker pelakon2 tuh berlakon scr live dgn nyanyian & sumernya takder 'cut'2 mcm dlm filem or drama?


Tapi apa yang boleh aku komen, jika markah penuh ialah 5 bintang, aku bagi 10 bintang lah untuk teater nie! Tak sia2 mengorbankan RM 83, duduk di barisan ke-4 dari hadapan dan tengah2 in the row, aku memang puas hati giler dengan persembahan pelakon2 tuh. Tabik spring 1000x la(toing1000) utk pelakon utama yang memegang watak P. Ramlee iaitu Musly Ramlee and also Liza Hanim as Saloma. Memang depa nie dasat laaaa....Musly Ramlee tuh memang sebijik macam P.Ramlee. Suara dia, nyanyian dia...cara dia cakap, jalan....sumer sama mcm P.Ramlee yang aku pernah tengok dalam filem tuh. Cuma muka and ketinggian jer maybe beza sket. Aku leh bagi 90% lah persamaan dia dengan Seniman Agung tu. Tapi dalam keseronokan menonton, 2-3 kali gak dada aku sebak...n menitis setitis dua airmata jernih di kala P.Ramlee berpisah dengan Norizan dan juga tatkala MFP ditutup dan P.Ramlee membawa diri ke KL dgn Saloma.

Aku rasa kalau aku hidup kat zaman P.Ramlee, memang sepastinya aku pun akan jadi sebahagian daripada peminat2 fanatik yang tergila2kan nya dan berharap sangat dapat jadi teman hidupnya. Sebab berada bersama dia memang kita akan impikan perkara2 yg best2 jer mcm dlm filem2 nya. Tapi pernahkah kita tahu yang P. Ramlee byk kali terluka dengan perjalanan cintanya?

Jika apa yang dilakonkan ini memang kisah benar yang berlaku pada Seniman Agung kita, apa yang boleh aku katakan jika beliau masih hidup hari ini, beliau mungkin telah bergelar JUTAWAN. Berbanding dgn kisah hidup semasa hayatnya, lebih banyak kisah duka hidupnya berbanding suka. Apa yang kita tonton di dlm filem2nya selama ini semuanya menghiburkan tetapi kita tidak pernah tahu kisah di sebalik kehidupannya yang sebenar.

Memang tiada gantinya....Walau berjuta penghargaan, pujian dan sanjungan di berikan, walau jutaan ringgit dilonggokkan, beliau tetap kekal berada di dunia yang lain daripada kita semua. Bagi aku, jika benar aku menghargai karya2 beliau, jika benar aku menyanjungi beliau... Al-Fatihah....pasti akan dapat memberikan cahaya buat beliau di sana. "Ya Allah, kau tempatkan lah diri arwah di kalangan orang2 yang Engkau kasihi....Amiinnnnn..."

0 comments: