BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 20, 2009

7 Days 6 Nights & 3 Days...

Its still early...its only January. But what i've faced.....

5th January (Mon) - Too tired..dah rasa sakit2 badan. Mana taknya...dah seminggu direct kerja smpi malam, weekend pun kerja gak...adusss....tidur tak lena dah.

6th January (Tues) - Sampai ofis pagi tuh. Keadaan badan makin tak tentu rasa. Sakit2 bukan setakat kat tangan lagi. Tapi dah merebak ke seluruh badan. Setiap sendi yang ada kat badan nie terasa sangat sakitnya. Sampai knuckle2 jari sumer lenguh & sakit. Aku dah sarung sweater kat ofis. Tanda awal menandakan aku memang tak sihat. Dalam pukul 11 pagi, aku dah tak tahan. Ajak Ana teman g PK UPM. Sampai sana, sementara nak tunggu doktor panggil pun badan dah tak tentu arah. Doktor Aung Tan kata aku demam panas. Suhu 38.5 celcius. Uiks? yerke...punyalah tak rasa badan tuh panas. Patutlah badan sakit2.Dr bagi mc, aku taknak. Tapi dia kata kena mc gak. Aku kena rehat. Oklah..aku pasrah jer. Dari PK, aku ajak Ana g umah Ustaz Hashim lak. Nak minta dia tawarkan air. Sebab aku taknak sakit teruk. Kerja berlambak nie. Dah la minggu nie final week untuk siapkan semua jernal2... Ustaz Hashim kata badan aku panas sangat. Habanya naik sampai rasa ke tangan dia. Lepas dia tawarkan air, aku pun hantar Ana n terus balik nak rehat kat umah.

7th January (Wed) - Malam tuh aku x leh tidur. Menangis2 sebab badan2 aku & kepala sakit yang amat sangat. Pukul 12 tengah malam Lias bawak g Hosp Putrajaya. Tapi keadaan kat ER masa tuh penuh giler. So Lias suruh aku bertahan sampai pagi esok. Malam tuh Deena sponge kan badan aku yang panas membara nie. Dengan mata aku bengkak kedua2 belah...due to allergy of taking PANADOL. Pagi tuh temp aku masih tak turun. Dalam pukul 9 Lias bawak aku g Hosp Putrajaya (again...). Dah daftar kat ER tuh, punyalah lama nak tunggu turn aku. Aku sampai dah tak tahan sakit kepala & badan, aku dah menangis n baring kat krusi menunggu tuh... Baru lah assistant hosp tuh terhegeh2 pimpin aku masuk wad. Sampai kat wad sementara tuh, depa amik darah & terus masuk drip sebotol. Lpeas habis drip, nurse datang cabut drip & terus suruh aku jumpa doktor. Doktor kata awak ok, x der apa2, darah ok...amik ubat & awk leh balik. Aku macam terkesima jap. Biar betul doktor nie. Aku rasa aku sakit dh mcm nak mati, dia kata aku takder mende. Sampai rumah, aku terus baring. Memang tak selera nak makan, nak minum...Dalam otak aku rasa macam tak tentu arah. Kepala makin menyengat sakitnya & badan pun makin sakit2...Mata memang maintain bengkak. Aku terpaksa gak makan Panadol untuk make sure suhu badan aku reduce. Petang tuh...dah nak dekat2 Maghrib, aku memang dah nekad! Aku tau something wrong with me. This is not the ordinary fever. Selama nie aku tak pernah demam seteruk nie seumur hidup. Aku cakap Lias hantarlah aku g hosp. Tak tertanggung rasanya sakit aku nie. So kami terus ke Gleaneagles Intan Medical Centre (GIMC). Sampai jer sana, Lias terus daftarkan aku kar ER. Tak sampai 5 minit, nurse panggil untuk triage & terus masuk wad kat ER tuh. Sampai jer kat ER, doktor kata suhu badan aku 39 celcius. Terus amik darah & masuk drip. Terus aku injected dengan ubat2 steroid & tahan sakit. Doktor pun dah identified aku kena stop makan panadol immediately sebab aku memang allergy dan mata makin bengkak. Dalam setengah jam, result darah keluar. Doktor kata aku memang POSITIVE DENGGI !!! Adusss....patutlah lain macam sakitnya. Derang terus tolak aku amsuk wad, dalam keadaan aku yang dah separuh sedar tuh. Malam tuh...pukul 10, aku dah selamat kat Room 701 - Bed 1. Memang takleh tidur. Badan dan kepala tetap sakit. Malam tuh untuk kali pertamanya doktor pakar aku - Dr Azani datang melawat. Dia ulang lagi ayat dr. kat ER tuh. Aku positif denggi. So depa akan pantau aku sampai aku baik.

8th January (Thurs) - Pagi2..pukul 5 nurse dh datang amik darah. memang everyday akan buat gitu 2 kali sehari. bengkak2 n lebam2 dh tangan nie..kesan amik darah tuh. Suhu badan masih tinggi. Sentiasa berada di antara 38.5 - 40 celcius. Kepala aku makin menyucuk2. Di tambahan pulak dengan cirit birit & rasa loya nak muntah. Selera makan memang takder langsung. Pagi tuh Lias datang hantar baju & toileteries.And bawakkan aku sebotol besar 100 plus. Tapi aku tak bangun pun dari katil. Nak pergi toilet pun kalau dah terdesak jer. Sebab badan memang lemah. Tambahan lak aku kena tolak tiang yang gantung botol drip aku. Memang seksa. Lewat pagi tuh mama, ayah dan Deena datang. Tengaharinya pulak Ficik, Ana & Fibo datang. Tak sampai 5 minit Kimie lak sampai. Kawan2 belikan macam2 makanan fav aku. Biskut lah, coklat lah, asam laa..Tapi sumer hanya mampu aku renung jer. Sebab memang selera makan aku dah tertutup sepenuhnya. Kimie datang lak bawak sebakul buah yang penuh dengan buah2 berkhasiat. Tapi bakul tuh terletak cantik gak kat side table aku tuh. Kepala aku sakit...Kawan2 siap g belikan minyak cap kapak...and derang sapukan kat kepala. Tks guys... Kimie pun siap sikatkan rambut n ikat rambut aku elok2. Sebenarnya masa tuh rasa macam dah nak kerat jer rambut nie. Sebab kepala aku sakit giler!!! Then aku baring jer. Biarkan kawan2 berborak sesama mereka. Mana yang perlu jer aku jawab sebab aku tak larat.

9th January (Fri) - Kedaan arinie tak banyak berubah. Masih seperti semalam. Pagi2 nurse amik darah. Suhu badan masih panas. Botol drip dah bersilih ganti. Untuk hari kedua aku rasa dah almost 4 bottles drip masuk. Aku masih loya, cirit birit dengan tiada selera makan. Mama masakkan sup ketam. Aku makan gak...tapi loyanya hanya tuhan yg tahu. Pagi tuh Azmah datang. Kesian dia. Baru balik midnite, tak tidur lagi. terus datang visit aku. Lama gak dia spend time dengan aku. Sampai tengahari...Then tengahari tuh 2 bos from Pejabat Bendahari lak datang. Kak Fizah & Cik Ain. Derang bawak biskut, sus coklat, magazines. tapi aku hanya mampu tengok. Sebab takder keinginan langsung nak makan sumer tuh. Apatah lagi nak membaca. Aku sempat apologize kat Cik Ain sebab dia kena siapkan closing untuk aku. Semua jernal2 dia kena buat. Memang aku tak jangka langsung aku akan sakit time2 kritikal gini. Sib baik dia memahami. Dia kata takper, aku jaga kesihatan jer...Tks boss..Petang tuh Lias datang visit jap. Tengok keadaan aku. Bawak 100 plus lagi. Boleh dikatakan setiap orang yang datang tuh, mesti bawakkan aku 100 plus. Macam2 perisa ada, 100 plus biasa, active, tangarine oren. Tapi yang aku mampu minum cuma 100 plus active yang Lias belikan tuh jer. Yang lain sumer rasa pahit jer kat tekak nie. Aku terus terbaring jer...suhu badan tak turun2. Doktor & nurses makin risau. Kali nie derang letakkan ice pack...kat bawah ketiak, kat atas kepala. Kat leher letak kain basah. They really need to reduce my temp...

10th January (Sat) - Badan aku start naik rashes...Seluruh badan. Gatalnyer...Doktor datang bawak khabar kurang baik. Platlet aku jatuh..80 jer. Selalunya yang manusia yang sihat & normal perlu ada platlet darah antara 150-400. Alamak....rendahnya. Doktor suruh aku hati2. Takleh berlaku sebarang pendarahan. Nanti pendarahan tuh mungkin tak akan berhenti sebab platlet aku rendah. Patutlah pagi tadi aku berus gigi, gusi aku berdarah. And rasa gusi nie bengkak sangat & sakit. Sib baik takder apa2 berlaku pagi tadi. Drip terus bersambung...Mama, ayah & Deena datang. Akie & Lenny pun ada. Derang balik jer, Tengahari tuh Tati & family lak datang dari Melaka. Kak Temah & ABg mamat pun ada. Lama gak derang duk dengan aku. Dalam 4.30 derang balik coz derang nak g umah ayah n mama lak. Lias teman petang tuh sampai malam.
Akie & Lenny g carikan aku pink guava. Untuk sembuhkan denggi, kata kwn ayah. Ayah pun suruh Lias cari daun betik. blend daun tuh n minum airnya.

11th January (Sun) - Hari yang ke-5. Sumer masih sama. Arinie aunty Asiah, uncle Han, Kaklong banun & Abg long Bahari datang visit. Aku dah boleh bangun. Fever masih ada. Tapi at least leh gak borak2. Hari tuh aku dah start minum air daun betik. Pahit giler ..tapi sebab nak baik punya pasal...aku minum gak. Sup ketam kali nie mak Lias lak masakkan. Petang tuh dia datang dengan Bulat, Jue & Hafia. Aku telan gak sket walaupun tak lalu langsung.

12th January (Mon) - Kul 5 pagi nurse dh datang amik darah. Hari nie doktor kata platlet aku dah nak ke 143. Fever pun dah semakin kurang. Kepala pun dah tak sakit sangat. Begitu gak dengan sendi2. Doktor kata if platlet aku terus naik, maybe esok aku leh balik. Wahhh...x sabar nyer nak balik. Aku dah start leh makan sket2. Makan buah...makan bubur. Even selera masih kurang, aku paksa gak diri sebab nak baik cepat & nak balik rumah. harinie aku minum lagi air daun betik. Memang berkesan petua nie. Arinie mak Lias kirim lagi sup ketam...tapi aku memang dh nak muntah. Nak bau sup tuh pun x leh. Akhirnya aku makan nasi dgn lauk ayam msk merah yang mama bawakkan n sup ketam tuh....Lias yang perabiskan.

13th January (Tues) - Hari ke-7. Nurse amik darah lagi. tapi dalam kul 10 dr azani bawak berita gembira. Platlet aku dh 164. Suhu badan dah normal. Aku leh balik....waaaahhh...happynya. Aku dah start packing barang. drip dah berenti tapi jarum masih tercucuk kat tangan. Aku settlekan bil and tunggu Lias datang. Ingatkan dah sihat sangat2 lah. Ruapa2nya aku silap. Balik rumah tuh...aku stil perlu baring n rehat. Memang badan lemah sangat2 rupanya. Petang tuh jiran2 mai visit. Tak dapat hidang apapun sbb aku memang x larat.

14-16th January - Aku habiskan hari2 berikutnya di rumah. Banyak rehat...sebab badan memang lemah. Setiap meal aku g umah mama n makan. Drive keta pun macam orang mamai jer. Siap nk terlanggar divider lagi. Hehhehe...tuh menunjukkan aku masih x ok lg. tengahari pun aku tidur...kira memang betul2 merehatkan badan yang lemah nie. Dr Azani pun kata takder ubat untuk denggi nie. Cuma antibody kena kuat, kena makan makanan berkhasiat in order to make sure platlet darah aku dapat sampai ke level yang normal. Sabtu & Ahad masih berehat kat umah n Monday...get back to work!!!

Apapun aku nak amik kesempatan nie nk ucapkan terima kasih to my beloved husband, parents, brother, cousins, friends...yang susah payah datang visit aku...spend time dgn aku...and pada Dr. Azani & nurses at GIMC, tks a lot for yr care and services... And untuk TIA - Room 701 bed 2...Tks a lot for everything girl!!! Dia lah yang banyak mendengar rintihan kesakitan aku, share experience n kami sama2 berkongsi penderitaan kesakitan.. Apapun tia discharged sehari selepas aku discharged and aku doakan dia pun beransur pulih !!! ANd 22nd nie, aku kena g GIMC lagi untuk uat blood test. Harap2 sumer nyer dah back to normal.

0 comments: