BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 23, 2009

Masa Yang Pantas...

Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru jer aku begitu risaukan Audit SIRIM ISO masuk ke seksyen aku, tak sangka semuanya dah selesai dan kami berjaya dapat Sijil bersih ISO 9001:2008. Best sangat. Rasa bangga gak sebab seksyen aku berjaya melepasi segala soalan auditor tuh walaupun bos masih cuti. Hmmmm...Tks to staf Seksyen Pengurusan Hasil & Aset kerana memberikan komitmen sepenuhnya untuk audit 2 hari tuh.

Dalam kekalutan dan kelegaan selepas audit, kami redah juga perjalanan ke Melaka untuk menghadiri team building. Ingatkan aktiviti indoor takder lah letih sgt, tapi telahan aku salah. Letih tahap melampau sampai hari kedua kursus aku terpaksa telan 2 bijik panadol extend (tanpa pedulik risiko utk allergy-alhamdulillah, sib baik tak) n lumur yoko2 kat kaki n tangan. hehehhee..mengalahkan org tua umor 50 tahun lak. Tapi memang team building yang dibuat di Century Mahkota, Melaka nie sangat2lah mencabar. Dalam ballroom jer aktiviti2nya, tapi kemeriahan, kekalutan, pekikan, lolongan, tawa yang beraian...x henti2 mendampingi kami sehingga ke hari ketiga. Tks a lot to Tn Hj Azman kerana berjaya menghidupkan teambuilding tuh dengan penuh semangat & inspirasi. N tks also to my team - Da Bees di atas semangat kerjasama & sporting untuk join semua aktiviti yang ada n yang paling utama, even aku ketua kumpulan, penat juga berkejaran sana sini & pastikan anak2 buah semua selamat...ahli2 kumpulan Da Bees sangat2 membantu. Overall, pada hari terakhir, kami berada di tempat ke-4 drp 6 kumpulan....but haidah yang kami dapat ialah swiss knife setiap seorang...waahhh,....best betul. Tentu jadi kenangan yang paling bermakna untuk selamanya.

Selain havoc nya keadaan semasa kursus, havoc lagi sebenarnya kawan2 sebilik aku (yang memang kami dah plan sejak awal..selepas menempuh pelbagai halangan)..hehhehe...ditempatkan di apartment 3051 dengan dua bilik, wing lotus...aku n ficik sebilik & mc kie n fibo, sebilik. Since sumer memang bestfriend, mmg x kering gusi lah dibuatnya. Kalau peserta yang naik bas bertolak selepas solat Jumaat, kami berempat lak dah bertolak seawal pukul 12.30 t/hari. Target & misi nya ialah nak berjalan2 dulu dalam town melaka yang lama kami rindui sebelum program start pada malam tersebut.

Perkara pertama sampai ke Melaka ....Makan!! Kami singgah ke satu restoran yang berdekatan Mahkota PArade n memang tepatlah pilihan kami tuh!! Asam pedas ikan pari, Udang galah goreng, kerabu mangga & babat..memang sumer nyer delicious!!! Perut dah kenyang, g checkin hotel...basuh2 n buang2 apa yang patut & terus keluar semula. Kami ke town melaka & eyes on malaysia. Memang fun, kalo nak citer sumer kat sini, sampai esok pun aku x abis menaip. Apapun kami enjoy sakan...shopping kebaya nyonya...makan cendol bollywood tepi sungai melaka...buat photoshooting dengan mr. can aku...mmmg sakan & sangat2 release!!!

Balik ke hotel..mandi n makan, pastuh bermulalah program kami...memang dua hari tuh cadangnya nak ke Umbai lah makan ikan bakar..nak lepak at Mc D's la...tapi sumer tuh jadi kenangan jer. Kami kepenatan dikerjakan oleh Tn Hj Azman. Dengan sessi Escape-lari, Burung mencari sarang, rocketman, dikirbarat n sketsa....sumer tuh buat kami sgt2 penat. Penat terlibat dengan aktiviti tuh, dan penat gak gelakkan kawan2. Even aku dah terpisah dengan geng2...Ficik n Mckie kat Wonderteam..Fibo kat Jerung, tapi kami tetap makan bersama. Cuma during aktiviti jer masing2 ikut group masing2.

Hari terakhir selepas program selesai, kami bertolak balik ke KL. Sempat lagi singgah ke kota A Famosa, istana kesultanan melayu, sempat juga singgah di UiTM Melaka yang penuh dengan memori & akhir sekali..ke pekan Alor Gajah utnuk menikmati kuih udang yang paling sedap di dunia. hehhehe...Sampai Serdang almost Maghrib, kami pun berpecah balik ke rumah masing2. Kepenatannya hanya tuhan jer yang tahu. Tapi sebab Tn Hj Azman dah inspired aku sepenuhnya, isnin pagi aku tetap bangun untuk g kije even urat2 n sendi2 nie sumer rasa nak tercabut. Aku rasa perlu aku catatkan kenangan nie sebab esok malam aku dah nak fly ke Perth. Dengan penuh harapan dan tawakal, semoga perjalanan ini akan selamat pergi dan kembali. Doakan aku yer....


P/S : Try upload gmbr tp x leh. Mesti server tgh slow motion. If ada peluang nnti aku update later k....


===============================================

0 comments: