BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 9, 2009

Its Fun..Yet Funny Too...

Hi...trip to Perth from 24th June till 1st July was superb. Memang wonderful and the most fantastic holiday i've ever been...semuanya smooth...perjalanan lancar...ikut program...cuma ada 1 plan yang aku batalkan iaitu ke Rockingham or Penguin Island. Patutnya on Day 4 kami ke sana tapi atas sebab kepenatan yang melampau2...hehehhe...terpaksalah dibatalkan.

Hari yang paling menyedihkan adalah pada hari terakhir di Perth. Rasa seperti taknak balik...nak terus tinggal di bumi Perth yang nyaman, aman, tenang, cantik & mendamaikan tuh. Aussie pun baik2 orangnya. Derang nie sangat2 respect each other, mematuhi undang2...sangat2 mementingkan bab2 kemanusiaan...sangat2 menyayangi haiwan, manusia & alam sekitar. Walaupun aku x spend begitu lama masa dengan masyarakat Perth atau Aussie people, tapi aku rasa karakter2 derang nie lah yang sepatutnya orang Islam or Malaysian nie ikut. Kadang2 frustrated gak dengan Msian people...Sibuk nak kejar pembangunan kemajuan negara...tapi x pernah nak kejar pembangunan akhlak & attitude manusia.

Sampai di bumi Msia yang hangat membara nie pada 1 Julai tengahari. Kena lalui screening atau saringan untuk H1N1. Since kami sekeluarga takder yang demam...so sumer smooth jer la. Dah seminggu berbungkus dengan baju tebal, sampai jer sini, sehelai demi sehelai perlu ditanggalkan lah...hehehhe...sumer sumbat masuk beg. Tinggalkan yang paling nipis skali di atas lapisan kulit. Panas beb...peluh pund ah mula menitik. Masa tuh lah aku wish kan best kalo aku terus migrate kat sana. Sejuk...damai...huhuhu...

Khamis - 2 JUlai...sepatutnya aku lapor diri untuk bertugas semula. Tapi atas sebab kepenatan, aku rasa nak xtend one more day. Deena lak batuk2 sket..n aku pun ada minor sorethroat, so kami pun g PK UPM untuk ambil ubat yang sewaktu dengannya. But to our surprise, bila ada banner tergantung dia luar PK menyatakan jika anda baru pulang dari negara2 yang mempunyai kes influenza A atau mempunyai simptom2 H1N1, sila ke khemah kuarantin untuk saringan. So kami pun pergi lah ke khemah tuh untuk declare yang kami baru pulang dari Australia. Ntah di mana silapnyer...kekurangan maklumat, atau tak pegi kursus, atau selfish, atau x tau etika perubatan, layanan yang kami dapat sangat2lah tidka memuaskan. Hampir semua nurse & doctor incharged seolah2 cuba melarikan diri daripada kami kerana takut dijangkiti. Come on beb, x profesional langsung...kami lom +ve dijangkiti pun..kami cuma baru balik dari negara yang dijangkiti. Aku tengok org2 kat Perth tuh sorang pun x pakai face mask...selamba jer. Takder pun kecoh2 pasal H1N1 tuh... Doctor PK lgsung x check aku, cuma kata dia akan bagi ubat & mc. Aku pun hangen gak sbb aku nak dia check Dna betul2. And dia buat aku tunggu dalam khemah kuarantin yang panas nak mampos tuh more than half hour. Aku sampai sound nurses kat situ. Macam nie orang yang tak demam pun leh demam panas. Memang sangat2 hangen masa tuh. Dapat jer ubat, kena tggu mc lak. Sib baik aku kenangkan doc tuh nak bagi mc 7 hari. Kira kena kuarantin kat umah la...Apapun dapat jer mc, aku terus blah tanpa menoleh ke belakang lg nak tgk muka doc n nurse2 yang hampeh tuh. Seriusly x pro lah depa nie. Kalo betul aku rasa badan aku lain macam(ala2 mcm kena denggi arituh), takkan lah aku nyer bangang x declare. Aku pun x bersedia lagi nak mati. Mesti lah nak dapatkan rawatan sesegera yang mungkin. Hmmm...dalam kepala hotak dah ada mcm2 plan sempena cuti yang disambugn lagi nie. Takder masa aku nak kuarantin kat umah jer. Rugilah...wasted jer cuti tuh kalo tak digunakan dengan penuh manfaat.

Balik jer dari PK UPM, aku terus p servis keta. Sementara nak tggu keta siap, sempat lagi p Jusco Balakong mkn Mc D dulu sbb dr pagi x makan apa2 lg. Dan untuk hari2 yang seterusnya, aku berjaya pergi IKEA 2 kali...sbb nak reset balik dapur aku yang macam kapal karam tuh...lipat kain yang bertimbun2 mcm anak ada 20 org...kemas bilik Dna smpi bersih giler & rearrange kedudukan perabot2 dlm bilik dia. Kira 7 hari cuti tambahan nie memang aku fully make use of it lah...And harinie datang kije dengan hati yang terbuka. EVen menimbun kerja atas meja aku, aku tetap happy sebab stress & tension tuh sumer dah aku gantikan dengan holiday yang paling best & cuti rehat yang panjang. Cuma yang x best bila kwn2 yg x berapa rapat di Pej Bend nie tanya...dah ok ker? So aku kena tanya balik...apa yang ok? Rupa2nya ada gak rumours tersebar yang anak aku kena tahan kat airport kononnya...giler lah derang nie. Dah x der kije agaknya. Well...Malaysian. Part gossip2 nie & tabur2 fitnah nie mmg fav laaa... errrmmm....Alhamdulillah..biarlah 1000 orang nak kata apa pun, yang pastinya aku n family sihat walafiat sejak balik dari sana. Rasanya Msian perlu berhenti ditakut2kan tentang H1N1 nie... Kalau yer pun nak risau sangat, make sure dah cukup maklumat & ilmu tentang perkara nie k. Takyah main tuding jari & suspek sumer orang ..main aci dan jer.


********************************************

0 comments: