BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 31, 2011

Kelahiran yang dinantikan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana pada 20 Mei 2011, tepat jam 4.22 petang, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat2 comel dan gebus melalui pembedahan. Khalifah comel ini saya namakan Ahmad Faheem. Saya cuba membuat entry ini pada 31 Mei tapi tak kesampaian. Mungkin ada function2 yang saya tak reti nak select from my HTC jadi terkepamlah blog saya nie untuk tempoh yang agak lama.

Semalam hari pertama bekerja selepas bercuti selama 3 bulan 4 hari...(sajer amik xtra 2 hari supaya dapat 4 hari cuti tambahan) hehehhe...memang hati sangat2 berat untuk meninggalkan my little cute hero tapi tiada pilihan. Terpaksa juga mula bekerja walaupun seminggu jer lagi nak beraya. Sebabnya.....sebab seminggu lepas raya saya nak sambung cuti lagi...2 minggu tau. So kene korbankan seminggu nie dengan menghadirkan diri ke opis...hehehhe...

OK, back to my little caliph. Masa dia lahir, berat dia 4.05kg. Mesti sumer membayangkan baby yang montel dan berketul2 spt maskot tayar michellin kan. No..no..no...baby i tak gitu tau. Memang lah pipi dia sangat2 cute n bam2, tapi keberatan dia tuh lebih kepada tulang dia yang keras. Kira tulang besi, urat dawai lah nie. Ni mesti penangan susu kambing HR yang saya minum hampir setiap hari masa pgnt kan AF dulu. Tapi masa tuh jer lalu nk minum. Dalam pantang arituh bila saya try minum...uweeekkkk...x laluyer...bau kambing...mbekkk..mbeekkkk...Alamaks, cmner lah masa pgnt dulu saya rasa susu tuh lah yang paling sedap dlm dunia...gulp. So dengan tiba2 saya terfikir, agak2 sekarang nie kalo saya g Penang, mampukah saya nak makan lagi kat Line Clear?? huhuhu....ok2, citer psl AF balik. Masa umor sebulan, dia dah 5kg, 2 bulan-6.1kg dan 3 bulan-6.6kg...Alhamdulillah, AF (Ahmad Faheem) benar2 memahami saya. Dia tak banyak ragam dan untuk kali nie, saya berjaya mem BF (breastfeed) dia sampai la ni. Itu antara kejayaan terbesar tau, sebab masa Deena dulu, mental dan fizikal saya tak cukup kuat so Deena dapat susu ibu tersangatlah sekejapnya. Tapi skrg, pantang pam buat stok...tak sempat nak simpan dlm fridge pun, Deena dah mintak. Alasan dia, masa baby dulu Deena tak minum susu ibu...adoiyaiii....seb baek lah adik Deena nie baik tau. Dia redha jer mama bagi susu ibu atau susu tin.

Naper saya kena cz gak kali nie? Ermmm....saper yang taknak melahirkan anak secara normalkan...saya dah buat seperti mana yang diberitahu dalam anti-natal class...set your mind, fikirkan anda boleh bersalin normal, doa banyak2...sumer dah buat, tapi memang telah tersurat dan hanya Allah yang tahu kenapa Dia beri bahagian saya untuk bersalin secara cz. Untuk kali nie, tiada sebarang sakit sebelum bersalin...hanya pergi check-up pada minggu ke 38 dan bila Dr. Kham check laluan, dia kata masih keras seolah2 tiada tanda2 dia akan bukak. So atas nasihat beliau, saya dinasihatkan untuk cz based on previous experience semasa melahirkan Deena. So check-up masa tuh dah 19hb...doc suruh pilih tarikh...errkkk...perlu ker? Masa tuh dalam otak hanya fikir nak keluarkan baby nie dengan sihat & selamat. So masa saya g checkup tuh hari Khamis, saya terus cakap doc, buat esok jer leh tak? hehhhe...doc pun ok jer tanpa fikir panjang. Masa tuh debaran dah mula terasa. N saya fikir...eloklah bersalin ari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang mulia. Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat, banyak kelebihan yang dia akan dapat. Sampai ke situ saya fikir...

Errmmm...dari pagi tadi saya mengarang entry nie, sekarang dah kul 3.25 petang (23/8)..bukan terlalu memikir apa nak tulis. Sebenarnya dalam otak nie macam2 nak citer tapi saya tersangatlah sibuknyer. So rasanya setakat nie dulu untuk kali nie. Nanti kalau ada kelapangan leh sambung lagi. Leh upload pic little caliph saya juga....

0 comments: