BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 24, 2011

Yea..yea...2 hari lagi...

Arini memang ngantuks tahap dewa2. Walaupun memecut pada kelajuan 120 km/j, mata stil rasa nak tertutup. Nak2 plak Ahmad Faheem kat sebelah baik nyer lena...adoiii...Ahmad Faheem, kan best kalau kita dapat baring2 n tdur2 kat umah mcm last week. Aman n bahagianya hidup...huk3..tp bak kata mama, syoklah jd surirumah bergaji..ujung bulan jer gaji masuk. Kalo ko jadi surirumah yang tak bergaji macam mama nie, mana seronoknya...hehhehe...tul gak kan. So harap2 satu hari nanti govt akan bagi lak cuti bersalin 4 bulan, mcm Singapore. Oooopppssss...untunglah utk org lain. For me, no..no..no... Insya-Allah, 2 is enough. Semoga Allah tau kemampuan saya. Saya rasa diri nie macam dah tak mampu nak menghadapi 'fear' semasa bersalin dan few weeks lepas bersalin tuh. Jangan ingat bersalin normal jer sakit tau. CZ pun sakit gak. Cuma tempat dia jer berbeza.

Ok2..minggu nie minggu bz saya. Seawal 4.30 pagi dah kene bangun n tiada istilah rehat or nap sehinggalah pukul 10.30 malam nanti. Itupun antara pukul 10.30-4.30 bukanlah tidur saya seperti lena diulit intan tau. Bangun 2-3 kali (kadang2 lebey) untuk mem bf Ahmad Faheem. So kdg2 lawak gak la bila terberlakunyer adegan2 yg tak diduga. hahahha... apa dia? Biarlah rahsia. Yang pasti Ahmad Faheem faham kot mama dia ngantuk juger di kala menyusukan dia. Sama ngantuknya tatkala dia mendapat susu mama. ;-P

Back to the topic...arinie Rabu. Means lagi 6 hari nak raya. Takper2...raya lambat lagi tuh. Yang lebih penting, lagi 2 hari mama, ayah n Akie akan balik daripada Jeddah. Yup, mereka g mengerjakan umrah sejak 13hb arituh. Seronoknya... Kalau saya banyak duit, dah lama saya ikut. Panggilan memang dah ada...Baitullah tuh memanggil2 saya untuk g jumpa dia tapi....ermmm...ongkosnya ngak cukup buk. Masih mengumpul lagi. Masa Ahmad Faheem lahir arituh, dah terbang 5.5k untuk saya dan 2.5k untuk dia. Tuh baru hosp bil. Lom lagi xpenses lain seperti makanan2 berkhasiat dan segala makneka pati ikan haruan+gamat la, air gamat la, ikan haruan la dan sebagainya selama berpantang. haaa..jgn ingat duk umah duit dlm bank penuh n gaji x berusik ek. Sama jer mcm hari2 bekerja. Minggu pertama dah leh diselesaikan dah. Ermmm...gitulah lumrah hidup...

So esok adalah hari terkahir untuk saya bekerja dengan tekanan tak cukup tidur nie. Sebab minggu nie Ahmad Faheem kene hantar kat Balakong, umah cousin saya. Faham2 jer lah jam nyer mcmana. Ramai org dah mampu pakai keta. So Msia juga bakal sesak spt Jakarta, Bangkok dan India. Mulai minggu depan dan minggu2 seterusnya, Ahmad Faheem akan dijaga oleh nenek...yippieee...means saya tak perlu bangun terlalu awal...sbb umah mama n umah saya cuma sepelaung jer. heheheh... k lah, nak start warming up untuk uat kije arinie. Semoga mata nie cerah bersinar, kalo ngantuk gak nampak gayanya terpaksalah chk-in jap dlm bilik fail tuh...huhu...

0 comments: