Sebelum menyambung cerita2 & mengupdate picas holiday, nak share sket tentang pengalaman pertama semalam. Semalam masa buka, di saat orang lain berkobar2 nak makan itu ini, saya menjalani hidup dengan penuh tenang. Tanpa sibuk perlu ke bazaar Ramadhan, tanpa perlu memikirkan air apa yang nak dibancuh dan tanpa perlu bersusah payah memikirkan apa menu yang saya nak makan untuk hari pertama berbuka nie.
Sekadar sebotol shaker di hadapan mata, sepeket Miss JM5 dan segelas air sejuk. Azan berkumandang....baca doa makan & berbuka puasa. Dengan tenang saya masukkan Miss JM5 ke dalam shaker & shake3...hehehhe...dengan isipadu 380ml, saya berjaya meminumnya buat pertama kali! Ermmm...rasa dia not bad. Ala2 TANG orange gitu cuma extra sintetik sket. hahahha...n surprisely ia agak manis berbanding daripada apa yang saya imaginekan. Habiskan2.....errkkk...ada sedikit rasa keloyaan...tapi cepat2 bilas dengan air sejuk. Loya mebi kerana terus teguk sekali gus. Tapi karang kalo teguk sket2, takut tak lalu pula.
Malam tadi dinner saya hanya diambil pada pukul 9.30, iaitu 2 jam selepas mengambil Miss JM5. Sebenarnya takder lah rasa lapar atau berkeinginan utk makan sangat, tapi saya makan untuk memastikan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalani hidup seterusnya...Menu malam tadi...2 potong kecil dada ayam msk merah (yg dimasak oleh mama), campuran salad+sebiji baby tomato dan 1/2 keping tortila bread. Sudah sangat mengenyangkan...syukur... Sepatutnya saya hanya boleh masuk tidur 2 jam selepas meal. Walau bagaimanapun, disebabkan ketidak laratan & kepenatan yang sangat hebat, selepas memenuhkan masa dengan menyidai kain & megiron baju, saya tewas...tewas apa? Tewas dengan mata sendiri. Memang ngantuks giler dah!! hahahhaha...pukul 10.30 dengan rasa penuh khusyuk & takzim nyer, sy melandingkan kepala atas bantal and....zzzzzz....
Pagi td bangun sahur. Sekali lagi sekeping tortila bread+salad+sepotong kecil dada ayam msk merah yang sy carik2+sepotong keju....errggghhh...sy makan juga walaupun tak lapar & tak selera sebenarnya. Makan 3/4 saje. Yang 1/4 lagi memang dah tak lalu. Saya stop dengan segera dan berdikit2 memaksa diri menghabiskan 1 liter air...hehhehe...
Errrmmm....setakat tuh sajer lah citer pengalaman pertama bersama Miss JM5. Harap dapat kekalkan untuk tempoh 3-4 bulan lagi supaya saya berjaya mendapatkan target saya!!! Doakan sy berjaya k? ;-)
Yang Tenang Itu Aku Perlu
-
Kalau ditanya apa yang aku nak sangat buat now ni....yeah gamba ni paling
sesuai.. aku tak fikirkan aktiviti untuk mengisi masa lapang...sebabnya mmg
...
6 years ago

1 comments:
err..agak lmbt nak komen...tp dun worry...u can do it...as long as u dont stop.....believing!!! (ikut tone lagu glee kay) hihihik
Post a Comment