BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 12, 2010

Trip to KCH - Part 4


Deena with my niece Amirah...Amirah xpert main piano. Deena pun xcited n tak sabar2 suruh masukkan dia kelas piano gak...


papa berangan nak main gitar elektrik...huhu



with deena masa makan kat SCR



deena with hafia in front of the hotel...


nie muka awal pagi...dah set in mind pun, namanya nk berhsoping kat pasar. takyah ler nak makeup2 bagai...hehehhe


pintu masuk nak ke pasar serikin tuh...bawah nie mee kolok malay version nyerrr...


hehehe...dah banyak part nie kan. nak buat camner. tak sempat nak abiskan sumer gambar dalam satu entry. ok, on the 3rd day, which is the final day, kami ke Kg Serikin, kat area Bau. Perjalanan sebenarnya dalam 45 min jer. Tapi disebabkan kami tak tau jalan so macam tersesat2 sket dan ditambah pula dengan papan tanda arah yang sangat2lah sedikit n tak jelas, so dalam 1 1/2 jam baru kami sampai. Tempat nie terletak di sempadan Malaysia & Kalimantan.

Kami sampai seawal 8 pagi. Cuaca masih suam2 kuku gitu, manusia pun tak ramai sangat, parking masih banyak dan boleh dipilih. Perut memang lapar even ada bawak bekal biskut2 sket. Kebetulan nampak ada satu restoran halal. Kami pun pi pekena mee kolok malay version nyer + sup tulang. Memang sedap. Tapi disebabkan aura pasar tuh dah memanggil2...aku cepat2 settlekan makan and terus menapak ke arah pasar..yea2..tak sabar2 nak tengok apa yang best sangat diwar2kan oleh sedara mara yg dh sampai ke sini. Disebabkan kekangan masa, kami cuma ada 2 jam jer nk bershopping. So berdasarkan maklumat yang ada, terus aim kepada benda yg murah & memang nak dibeli. Akhirnya selepas berjalan hampir 2km ke dalam...dan patah balik semula untuk ke kereta, dan membuat sessi tawar-menawar dengan begitu menarik...heheheh...sy membawa balik 3 pasang langsir sliding, 3 telekung (yg my cousin kirim, for myself & for Deena) dan beberapa souvenir2 kecil. Memang tak puas nk membeli-belah dalam masa 2 jam. Tapi apakan daya...nak kejar berkemas2 di hotel & checkout at 12...

Tengahari tuh chkout, terus g ke pasar Satok. Nak beli terubok masin. Tak minat gak dgn terubok masin nie tapi nak beli as a gift utk kwn2. So kami lunch dulu kat Singapore Chicken Rice (which is sgt yummy tp kat Semenanjung memang takder) then baru ke pasar. Selesai beli ikan terubuk, terus ke umah my cousin Kak Ani...lepak2 jap sementara nak menunggu flight kami kul 8...Malam tuh sampai umah nearly 12. Selamat tinggal Kuching, panjang umur nanti jumpa lagi yer!! ^__^

0 comments: