Semalam di saat umat Islam sibuk berbuka puasa, gembira dengan ahli keluarga, saya dapat satu berita yang sangat sedih. Kesedihan yang mengalahkan isteri kematian suami. Yang sangat menghancurkan hati. Yang sangat melukakan. Boleh dikatakan hati saya bagai dikelar, sama parah nyer macam seorang bapa giler yang mengelar leher anaknya tempohari. Kalau hati saya ini kaca, semalam ia telah bersepai, hancur...saya tak pasti deraian & serpihannya itu boleh dikutip kembali untuk dicantum atau tidak.
Kini saya keliru. Banyak perkara yang buat saya keliru. Saya tak pasti apakah hidup ini wajar diteruskan jika ianya sangat2 mengecewakan. Saya tak pasti apakah perlu saya mengorbankan diri saya demi kebahagian orang lain. Saya keliru kenapakah saya perlu ada dia & dia? Saya keliru apa yang perlu saya lakukan sekarang. Sepanjang malam menangis ternyata tak melegakan langsung. Sepanjang malam tak dapat melelapkan mata ternyata tak membantu langsung. Sepanjang malam dipeluk rapi ternyata tak mengubat langsung kelukaan hati saya ini. Saya masih keliru...dan hasilnya....saat ini kepala saya terasa seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Fikiran saya kusut...sepanjang malam tadi umpama kesesakan lalu lintas yang bertali arus...cuma belum stuck! Kalau ianya stuck, saya pun tak pasti apa yang akan berlaku pada saya hari ini.
Apapun, buat insan yang melukakan hati saya ini, semoga ada jalan taubat buatmu. Semoga Allah membukakan hati mu dan iman mu. Moga jalan yang kau pilih itu adalah jalan yang lurus. Terlalu banyak peluang yang telah saya beri. Namun setiap satu peluang telah disia2kan. Saya wanita biasa, bukan Saidatina Khadijah, bukan Saidatina Aishah. Saya risau sekiranya akan tiba masanya saya akan membuat satu tindakan yang pasti mengejutkan dan merugikan banyak pihak termasuk insan yang melukakan itu. Apapun, hingga saat ini...hati ini masih sedih, masih luka, masih pilu....sampai bila? Hanya tuhan yang tahu....
Yang Tenang Itu Aku Perlu
-
Kalau ditanya apa yang aku nak sangat buat now ni....yeah gamba ni paling
sesuai.. aku tak fikirkan aktiviti untuk mengisi masa lapang...sebabnya mmg
...
6 years ago

0 comments:
Post a Comment