Cepat sangat waktu berlalu. Esok untuk kesekian kalinya, Syawal muncul lagi. Walaupun sy tak pasti Syawal kali ini adakah lebih bermakna buat sy atau meninggalkan kenangan sedih yang tak akan dapat dilupakan. Ternyata Ramadhan tahun ini disertai dugaan terhebat buat diri ini. Kesedihan saya masih belum terubat lagi sebenarnya. Banyak lagi yang masih perlu difikir & dipertimbangkan. Apapun hidup perlu diteruskan. Memaafkan tidak semestinya melupakan. Apa yang terjadi sy yakin ada beribu hikmah di sebaliknya. Cuma kita sebagai hamba Allah yang lemah ini sangat berat untuk menanggung ujian ini.
Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran yang pernah sy lakukan. Buat ayah bonda tercinta ~ ampunkan segala dosa-dosa yang pernah anakanda lakukan. Segala jasa ayah bonda, tetap anakanda sanjung dan akan lakukan yang terbaik bagi membalas budi baik ayahanda bonda. Buat suami tersayang, maafkan isterimu ini atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Suamiku, belajarlah menghargai & mensyukuri nikmat ini sementara masih Allah kurniakan. Bukan harta benda yang dipinta, cuma sekelumit kesetiaan & kasih-sayang. Buat bff ~ terima kasih tak terhingga di atas masa kalian, pengorbanan & nasihat kalian terhadap diri ini. Tanpa kalian, mungkin sy akan lebih lemah....Buat puteri tercinta, membesarlah menjadi anak yang baik. Semua yang mama korbankan ini hanya untukmu..hidup ini mama teruskan hanya untukmu. Belajar untuk sentiasa mensyukuri nikmat ini, jangan pentingkan diri & hargailah pengorbanan yang telah dilakukan oleh insan-insan yang tidak pernah berhenti menyayangi dirimu.
Buat semua yang sedang menatap warkah lebaran ini, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...pastikan dalam hidup ini, setiap tindakan & keputusan yang dibuat tidak mengguris hati & perasaan insan tersayang. Salam lebaran....
Yang Tenang Itu Aku Perlu
-
Kalau ditanya apa yang aku nak sangat buat now ni....yeah gamba ni paling
sesuai.. aku tak fikirkan aktiviti untuk mengisi masa lapang...sebabnya mmg
...
6 years ago

0 comments:
Post a Comment