BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 19, 2010

Kembali Bersiaran....

Tajuk yang biasa...wajah masih sama...cuma mungkin kali nie ceritanya dalam suasana yang berbeza. Memang dah lama sangat2 tak meng'update' blog kesayangan. Mungkin pada masa tuh rasa lemah dengan ujian Allah, walaupun tahu dan pasti yang setiap ujian tuh jika ditempuh dengan kesabaran & ketabahan, pasti akan ada ganjarannya. Tapi saya kan manusia biasa...seteguh2 saya pun tak sekuat & gagah Saidatina Khadijah Al-Walid..ataupun Saidatina Aisyah....ermmmm...apapun kisah duka dah berlalu walaupun parutnya masih berbekas. Rasanya selagi hayat dikandung badan, tak mungkin parut tuh akan hilang....tak mungkin....

OK, saya ada berita gembira yang nak dikongsikan bersama. Mungkin tak dapat nak meng'update'nya dengan pelbagai pic sebagai hiburan, tapi rasanya cukuplah sekadar berkongsi berita gembira nie. Saya dah berjaya melepasi fasa pertama!!! Semua kemabukan, kepeningan, keloyaan itu telah gone with the wind!!! hahahhahaa....confuse? ok2....sbnrnya lepas raya arituh rasa badan macam kurang sihat. Kurang sihat in term of rasa pelik dengan serba sedikit perubahan fizikal..walaupun program diet saya masih berterusan ketika itu dan 14kg telah berjaya saya buangkan. So dengan rasa penuh kemusykilan, saya ajak my BFF Fichiek ke klinik. BUkan untuk membuat test tetapi sekadar mendapatkan alat untuk membuat test itu. Dengan tak sabar2nya...test dibuat di situ juga...Memang ianya sangat2 mengejutkan!!! Perkara tak diduga selalunya terjadi bukan? Ianya POSITIF!!! Saya sambut keputusan itu dengan deraian airmata bersama Fichiek. Bukan setitis dua tetapi juraian....dengan tiba2 banyak benda yang difikirkan. Tapi selepas berdiskusi dengan Fichiek, saya setuju dengan dia. Setiap kejadian Allah itu pasti ada hikmahnya. Maka dengan itu, selepas beberapa hari, hilanglah semua duka nestapa saya dan kehidupan baru dimulakan bersama2 my little tiny baby in my womb!!

Checkup yang pertama saya buat semasa kandungan dah berusia 6 minggu....means masa saya tau tuh, dah nak masuk 6 minggu pun. So gynea dah scan dan sahkan saya prgnt, benih berada di dalam rahim dan nampak ok. Dia suruh visit lagi another 2 weeks..nak tengok jantung baby katanya. Saya pulang dengan dibekalkan beberapa papan folic asid. Alhamdulillah, kali nie alahan yang dialami terkawal. Lebih baik drp my last prgnncy. Morning sickness kebanyakannya berlaku selepas pulang daripada pejabat. So lepas maghrib onwards, adalah waktu pancit saya. Muntah2, pening kepala dan keloyaan mendorong saya untuk tidur selepas Maghrib dan hanya akan bangun dalam pukul 2-3 pagi untuk Isya'. Kalau masa pregnantkan Deena dulu, mabuk dari awal pagi boleh membawa ke malam...muntah tanpa had limit...menyebabkan kehilangan bbrp kg pada awal2 pregnancy. Tapi kali nie Alhamdulillah...muntah tetap muntah tapi diselangi dengan selera makan yang biasa. Jadi saya akan muntah dan makan kembali tanpa kehilangan tenaga. Sangat berbeza rupanya....Susu pun dapat saya minum dengan jayanyer. Kali nie memilih susu Mamil Mama. Itupun atas khidmat nasihat Fichiek...senang, takyah penat2 nak fikir or buat kajian. Dia antara bff yang baru jer melahirkan (even Tariq growing up very fast in 2 yrs) tapi at least info2 Fichiek masik up to date dan dapat saya gunapakai tanpa bersusah payah membaca buku atau merujuk Enchek Google.

So 2 minggu berikutnya, saya tercegat lagi di hadapan Pakar Wanita AnNur, Bandar Baru Bangi...masa 2nd visit nie, doc uat details scan...ujian menggunakan satu alat scanner yang dimasukkan melalui vagina. Alhamdulillah...my little tiny peanut dah ada jantung dan ia sedang berdegup kencang. Masha-Allah...saya lihat dengan genangan airmata. Dah lama tak melalui moment seperti itu dan sememangnya sangat2 terharu. GYnea saya, Dr. Khamsiah sangat gembira bila dengar saya dah alami morning sickness. Katanya itu kehamilan yang normal. Jantung baby saya juga normal dan saiz juga normal. So untuk visit kedua nie, pulang dengan hati yang berbunga2 dan....

Next visit to gynea was few days ago. Sehari sebelum menyambut AIdiladha. Kali ini untuk 12 minggu. Macam tak sangka morning sickness saya cuma datang dalam 2-3 minggu sajer tapi seriusly sangat kejap. So sejak masuk minggu ke 12 nie, rasanya its over...Sebab rasa sihat semacam jer. Dah tak meloya2 lagi, pening pun dah jarang2 kecuali migrain agak kerap juger skrg nie...dan muntah2 juga telah semakin menyusut atau boleh dikatakan tiada lagi dalam minggu nie. Kali nie as usual doc scan lagi...Waaaaahhhh...i can see my tiny peanut...kejap jer dia dah membesar. Kali nie dah nampak kaki, tangan, kepala, tulang belakang dengan jelas....Masa mula2 doc scan, dua2 tangan dia ke atas mcm posisi org takbiratul ihram gitu. Tapi bila doc tekan2, dia gerakkan kedua-dua tangannya....He/She's moving!!!! Alhamdulillah...doc said. Baby is normal, and he/she is moving....Alhamdulillah....saya sambut berita itu dengan linangan airmata. Terharu, gembira, kagum dengan kuasa Allah dan pelbagai lagi perasaan yang sukar digambarkan. So saiz baby saya skrg dh menjangkau 14.4cm...hampir sepanjang pembaris pendek itu tau....cepat anak mama besar yer.... Kali nie doc bekalkan dengan Obimin dan Kalsium. Supplement yang perlu diambil hingga ke hari melahirkan.

Syukur pada Allah atas kurniaan ini. Semoga kehadirannya akan memberikan sejuta kegembiraan kepada semua yang menanti2kannya...dan yang lebih istimewa, baby nie dijangkakan akan lahir pada 3rd June 2011. Tahu apa ada pada tarikh tuh? Tarikh nie is one of my bff burfday!!! Its Fichiek's burfday...!!! Hahahhaha...dialah yang paling happy masa dpt news nie and saya berdoa agar baby keluar sangat on time k? Sayang anak mama....mmmuuuaaaahhhhhhzzzzz!!!!!!!! ^__^

0 comments: