BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 22, 2010

Minggu ke-13....

Dah masuk minggu ke-13....baru merasa beberapa hari tahap kesihatan yang sangat membanggakan. Syukur Alhamdulillah...

Kalau diingat2 kembali 12 minggu yang pertama...morning sickness yang berlaku hampir setiap hari dan bermula selepas pukul 6 petang. Allah kan lebih mengetahui apa yang Dia bagi pada kita. Sib baik kene petang smpi ke malam. Sekurang-kurangnya 3/4 urusan hidup pada hari tu dah selesai. Kalau kene pagi2? Mesti banyak urusan akan tergendala. Sebab seawal pagi, tugas harian memang mencabar...esp part nak kejut Deena bangun pagi n suruh dia bersiap untuk ke sekolah...ermmm...mencabar tau. Anak bertuah nie bukan senang nak bangun. Al-maklumlaaa..mewarisi bakat papa dia banyak sangat...nak kene kejut bangun, mandi, siapkan...then nak hantar dia pergi skul. Make sure bagi dia breakfast siap2. After that then baru saya leh drive dengan aman ke ofis. So bayangkan kalo mrning sickness tuh menyerang saya pagi2..tak ke huru hara hidup pagi tuh. So dengan kesihatan yang Allah kurniakan pada saya setiap pagi, saya dengan suksesnya dapat selesaikan semua tanggungjwb...Sampai di ofis pun, dapat bersarapan dengan aman dengan kawan2...cuma ada kalanya makanan dapat diproses dalam usus, tapi ada gak time2 nyer makanan saya tak sempat sampai ke usus kecil pun...hehehhe....terus dengan wajibnya dikeluarkan balik melalui tempat masuk tadi. Tak tahan woo kalo tahap meloya tuh dah sampai.

Ada hari2nya saya akan mula rasa tak sihat seawal jam 2 petang...tapi kebanyakan harinya adalah selepas tiba di rumah. Memang flat. Dah tak nampak apa2 kecuali bantal n katil jer. Tak mampu nak bukak mata sebab my world is spinning!! Kalau bangun pun, cuma gagahkan diri ke toilet sbb takkan nak muntah atas katilkan? hahahhaa....so saya memang perlukan rehat sampailah waktu tengah malam berlalu dan seawal pukul 2-3 pagi saya boleh bangun semula untuk minum, solat dan sebagainya.

Satu lagi prob saya semasa awal2 prgncy arituh adalah constipation. Huh, yang satu nie memang betul2 leh uat saya rasa macam dah sampai hari nak melahirkan. Kira kalo spend time dlm 'bilik' itu, rasanya mengalahkan orang mandi bunga...sakit tuh jangan citer la. So terpaksa saya ke farmasi untuk dapatkan alat bantuan kecemasan. hahahhaha....jangan bayangkan yang bukan2 tau. Its just some kit to be insert into our anus yang sedikit sebanyak akan melegakan segala proses yang nak berlaku. So untuk prgncy mommies yg menghadapi prob mcm saya, kalau taknak ubat yang perlu dimakan (tak kisah lah pil atau syrup), maybe korang leh try Dulcolax suppository fleet enema(yang nie macam bullet yg kita insert kat punggung baby kalo dia demam panas) atau Japanese Enema (yang nie mcm belon yang kita dapat dah dekat2 nak bersalin-insert gak). Tapi syukur sangat sebab saya hanya menghadapinya dalam 2-3 minggu ajer...selari dengan morning sickness. Bila semuanya dah over, constipation prob nie turut berlalu pergi dan sekarang saya tak gentar lg nak visit that 'room' bila perutku sakit.....hehehhehe...

Minggu ke-13 bermula...audit financial dah mula masuk (eh? ada kene mengena ker?) uishhh...adaaa.... Bila audit financial yang baru dilantik nie masuk, dia nak buat interim audit untuk tahun semasa and nak tengok semua yang berlaku dari Jan - Okt 2010. Ermmm...bila audit ada, maka hidup kamu takkan tenang. Hilang semua privacy, peaceful...jiwa dan raga, mental & fizikal. Maka dengan itu, Jumaat last week mereka dah menyerang seksyen saya. Dengan ahli yang lebih ramai daripada biasa...macam2 benda derang nak. Invois nie, resit tuh, agreement nie, jernal tuh....aduiyaaiii...punyer lah bz banget drp Jumaat bwk ke hari nie. SO kesan yang saya dapat adalah back pain yang makin hari makin teruk!! Sehingga ke hari nie, bila tarik nafas pun leh rasa back pain tuh. Uuurrgghhh,....sangat tak best. Tapi nak mc untuk berehat pun kene fikir 40-50x gak. Audit baru, mintak mcm2...bos pun baru, tak expert sangat certain things...so nak taknak kene gagahkan diri datang kije gak. I have no choice at all. Arinie plak masuk sorang staf baru yang akan replace Juan. Juan dah dapat jawatan PKA. So skrg dia dah sama level dgn saya. Dia akan ditransferkan ke seksyen lain sebaik sajer ada yang replace tempat dia. Errrrmmm....tapi walau apapun as usual, hidup perlu diteruskan. Lagipun saya taknak anggap sangat sakit2 & perubahan hormon nie sebagai satu seksaan atau tekanan. Kene set kan minda yang ianya merupakan sebahagian drp pengalaman manis yang perlu saya lalui untuk menjadi seorang ibu. Bukan selalu dapat ujian macam nie...Jadi kalau saya terima dengan hati yang terbuka, Insha-Allah ianya akan berlalu pergi tanpa disedari....

N atas minat yang amat sangat juga, saya dah berjaya mendapatkan cd Maher Zain, hehehhe...buleh? Sekarang nie dalam keta layan dia jer laaaa.....weeehooooo.... ^__^

0 comments: