BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 11, 2011

Entry Tahun Baru

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Baguslah tahun 2010 dah berlalu. Kalo ada lagi banyak hari nak kene lalui, saya lah org pertama yg akan protes. Sebab saya tak suka tahun 2010. Walaupun banyak sweet moments yg berlaku, tapi bitter memories yang ditinggalkan pada saya tahun 2010 ini lebih teruk. I hate..i hate!! (uwaaaaa...-cryin') Apapun syukur pada Allah kerana masih dihidupkan untuk menempuh tahun baru. Walaupun dalam kehidupan seharian saya kini diselangi dengan kekurangan kalsium yang mengakibatkan sakit gigi dan pinggang, begitu juga dengan batuk2 yang telah melanda dekat 3 minggu nih n masih x baik2...saya redha. Ternyata ujian2 nie sumer walaupun adakalanya membuatkan airmata saya menitis kerana manahan kesakitannya, namun saya masih mampu buat semua aktiviti harian seperti makan (walaupun susah n sakit bila nk kunyah), tidur (walaupun x lena sgt dgn gangguan batuk yg teruk sampai rasa nak tercabut urat perut), g hantar deena sekolah & drive to work (walau pinggang menyucuk2 sakit) dan sebagainya....Saya lebey redha daripada airmata nie menitis kerana hati yang disakiti. Sakit hati nie susah nak baik woo...thats y saya x suka 2010. Dalam sejarah kehidupan saya, tahun nie lah hati saya paling hancur n sakit...OK2, lets not to spoil my new year mood. Kita tukar citer lak.

Arinie 11.1.11....kandungan saya genap 20 minggu. Leh dikatakan sama dengan 5 bulan. Sepatutnya arinie kene g checkup. Tapi tak pegi pun. Alasannya ada 2...pertama coz saya masih lagi sedang berjuang menyiapkan closing accounts untuk tahun 2010. Nak uat jernal2, reports2 dan etc...banyak gak lagi tak settle nie. If dah submit sumer kat Accounts Dept baru leh tarik nafas lega. Yang kedua sebab arinie ari cantik. Cantik naper? Saya difahamkan oleh sumber2 yg boleh dipercayai, arinie menjadi pilihan ramai2 ibu yang nak melahirkan melalui kaedah CZ. Yerlah...tarikh cantiklah katakan. Bila anak ko lahir? 11.1.11....waaaa....sok kalo nak kawen leh letak hantaran RM 11, 111...hehhehe....so mestilah Dr Kham terxtra bz arinie. Taknaklah menambah kebzan dia. Biarlah dia fokus nak belah perut2 ibu tuh dulu. And saya pun x mampu lah nak tercongok kat klinik berjam2 menunggu dia. Bukan aman pun sbb otak nie dgn pastinya akan teringat kat opis jer. Lagipun minggu lepas saya dah g checkup kat Mesra Clinic. Dah scan...sebab batuk nie lama sangat n x baik2, saya agak risau dengan condition baby. But ALhamdulillah sebab baby berada dalam keadaan sihat walafiat. Siap dah nampak gender lagi tau...eventhough tak clear sgt. Nak tau apa? hehehhe...syyyyhhh..biarlah rahsia. Nanti dah confirm betul2 nampak, baru saya inform ek.

Leh tak nak berenti setakat nie jer? Sebenarnya banyak gak benda nak citer tapi tetiba rasa macam nak upload pic frm cam lak. NAnti smbung lg...daaa...

0 comments: