





Disebabkan aku tak sabar-sabar sangat nak baca novel AAC nie, Jumaat arituh pas keje aku terus singgah MPH Alamanda. Aku berdoa sangat agar buku tuh ada kat sana. ALhamdulillah, memang rezeki aku ada kat situ. Terus rembat AAC... Bila pergi ke rak 'bestsellers book-English', ternampak lak satu novel nie- P.S I love you. Rembat gak. Sempat capai satu buku untuk Dna supaya dia x ganggu aktiviti pembacaan aku nnti.
Jumaat malam, Sabtu & Ahad. Walau diselang-seli dengan aktiviti wajib yang lain, AAC terus lekat di tangan. Misi utama aku adalah untuk menamatkan bacaan dengan penuh penghayatan itu. Malam tadi adalah penamatnya. Apa yang boleh aku katakan AAC memang sebuah cerita yang boleh meruntun jiwa & emosi. Aku akhiri bacaan dengan linangan airmata. Walau kisahnya berat, perlukan penghayatan (sampai diserang migraine - Sabtu petang), tapi aku kagum dengan penulisnya. Beliau cuma setahun berusia dariku, namun ayat-ayatnya jauh lebih matang daripada usianya yang sebenar.
Watak fahri dalam AAC memang 'superb'. Kalaulah ada lelaki seperti itu di zaman sekarang nie, mesti akupun akan jadi seperti Maria. Hmmm....hingga hari ini, hati nie masih beremosi memikirkan AAC. Banyak pengajaran & ilmu yang dapat aku kutip dalam AAC. Memang luar biasa. Tak sama seperti novel2 cinta yang berlambakan di pasaran Malaysia ni.
Boleh dikatakan sejak bersama AAC, aku banyak berada dalam duniaku sendiri. Hanyut dalam cerita mereka. Sarat fikiran aku memikirkan pelbagai isu dalam AAC yang dapat aku relevankan dengan kehidupan aku kini...dan mungkin pada masa yang akan datang.
Disebabkan kecintaan aku pada Habiburrahman nie, semalam aku kembali ke MPH. Capai 2 lagi koleksi Habiburrahman. Pengkarya seperti beliaulah yang sebenarnya yang sepatut2nya menulis... Hehehehehe....semoga satu hari nanti aku pun mampu berkarya seperti beliau. Bukan sekadar cerita, tetapi ilmu dan pengalaman yang sangat2 besar... Untuk kawan2 yang belum menikmati AAC, aku alu2kan... bacalah. Anda pasti jatuh cinta..!! Dan hayati juga 'Takdir Cinta' dan 'Ayat-ayat Cinta'....
Yang Tenang Itu Aku Perlu
-
Kalau ditanya apa yang aku nak sangat buat now ni....yeah gamba ni paling
sesuai.. aku tak fikirkan aktiviti untuk mengisi masa lapang...sebabnya mmg
...
6 years ago

0 comments:
Post a Comment