BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 4, 2008

Mimpi Itu Datang Lagi...


Saat aku begitu sibuk menghabiskan masa terluang dengan AAC hujung minggu lepas, 2 malam aku didatangi mimpi yang sama. Mimpi orang yang aku rindui. Sepatutnya kuraikan dengan gembira. Dapat bertemu dengannya walau hanya dalam mimpi. Namun ia bukan mimpi indah. Mimpi sedih. Tak tahulah jika AAC membuatkan aku memikirkan masalah aku sendiri hingga ke dalam lena malam tapi ini bukan kali pertama mimpi itu hadir...

Risau juga memikirkannya. Walau hanya mainan tidur, aku tetap terganggu. Kerana dalam mimpi itu orang yang aku rindui itu berada di depanku. Menjalankan kehidupan seharian...berminggu lamanya. Namun aku semacam tidak wujud. Dia tidak endah dengan kehadiranku. Pelik..takut... Mungkin kerana ada 'dia', aku sendiri tak pasti.

Adakah ini alamat? Atau hanya mainan perasaan? Oh Tuhan...pimpinlah hatiku...kehidupan mendatang ini tak sanggup aku hadapi dengan airmata lagi.....Cukuplah kekecewaan dan kegagalan 'cinta' itu hanya skali.

0 comments: